KUCHING: Kehadiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, memeriahkan lagi majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Shell Malaysia 2024 semalam.
Ketibaan beliau dan isteri pada jam 4.20 petang di sebuah hotel terkemuka di sini disambut oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.
Terdahulu, Abang Johari dan isteri yang tiba sekitar jam 4.05 petang telah disambut oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar.
Tepat jam 4.30 petang, tetamu kehormat dan para hadirin dipersilakan menjamu selera sambil didendangkan dengan lagu Aidilfitri oleh penghibur tempatan.
Hadir sama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Seri John Sikie Tayai, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Datuk Dr Muhammad Abdullah Zaidel,

Pelabur China Berminat Bawa Pelaburan Aluminium Berskala Besar Ke Sarawak – Ahmad Zahid
BEIJING: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pelabur China menunjukkan minat untuk membawa pelaburan berskala besar dalam sektor pengeluaran aluminium ke

