ARTIKEL

Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menyantuni tetamu yang hadir pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2025, semalam. Foto : Astana Negeri Sarawak

Tun Wan Junaidi, isteri hadir majlis ramah-tamah Aidilfitri bersama keluarga dan kenalan di Kuala Lumpur

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hari Raya Aidilfitri menjadi detik bermakna bagi Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan serta persahabatan.

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2025 yang berlangsung di Four Seasons Hotel, Kuala Lumpur, semalam berlangsung meriah, diikuti jamuan istimewa serta sesi fotografi, menjadikan sambutan Aidilfitri kali ini satu kenangan indah bagi semua yang hadir.

Sebagai sebahagian daripada tradisi, Tun Wan Junaidi dan isteri berkenan menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak.

Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi memberi duit raya kepada kanak-kanak. Foto : Astana Negeri Sarawak
Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi merakam kenangan bersama-sama tetamu yang hadir. Foto : Astana Negeri Sarawak

Tun Wan Junaidi dan isteri menzahirkan penghargaan ke atas kehadiran para tetamu dan berharap agar majlis ini dapat mengeratkan hubungan serta memupuk semangat perpaduan.

“Saya dan Toh Puan amat berbesar hati dapat berkongsi kegembiraan Aidilfitri bersama-sama keluarga, rakan, serta kenalan di Kuala Lumpur.

“Semoga perayaan ini terus memperkukuh hubungan silaturahim serta membawa keberkatan dan kejayaan kepada semua,” katanya.

Majlis ini menghimpunkan lebih 200 tetamu, terdiri daripada ahli keluarga, sahabat, tokoh korporat, ahli perniagaan, serta pegawai kanan kerajaan untuk bersama-sama meraikan Syawal dalam suasana harmoni dan penuh muhibah.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU