ARTIKEL

Datuk Miro Simuh Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2027), 2026 dan Usul Merujuk Resolusi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Foto Mohd Alif Noni

ADUN Serembu Cadang Perkenal Program Subsidi Makanan Ternakan Bersasar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Program subsidi makanan ternakan bersasar perlu diperkenalkan bagi membantu penternak tempatan mengurangkan kos pengeluaran dan mengembangkan operasi mereka.

ADUN Serembu Datuk Miro Simuh berkata, kos makanan ternakan yang tinggi merupakan antara cabaran utama penternak kerana memberi kesan langsung kepada kos pengeluaran, margin keuntungan dan harga daging tempatan.

Katanya, bantuan itu perlu memberi keutamaan kepada pekebun kecil dan usahawan luar bandar yang mengusahakan penternakan lembu, kambing dan biri-biri.

“Walaupun dengan baka pembiakan yang berkualiti, penternak akan bergelut untuk memperluas operasi mereka sekiranya kos makanan ternakan kekal tinggi,” katanya pada Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2027), 2026 dan Usul Merujuk Resolusi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Miro berkata, sektor pertanian dan penternakan mempunyai potensi besar untuk mempelbagaikan ekonomi Serembu, selain mewujudkan peluang pekerjaan, menarik pelaburan swasta dan menyokong pertumbuhan usahawan tempatan.

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih