ARTIKEL

Fauziah merakam detik-detik semasa sambutan Tahun Baharu. | Foto: Astana Sarawak


Tun Wan Junaidi, Isteri serikan sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 di Tebingan Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hadir menyerikan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 di Tebingan Kuching, malam tadi (31 Dis).

Wan Junaidi serta isteri tiba pada 11.30 malam, diiringi oleh anak – Sharifah Fariah dan Sharifah Nong-Jasima serta suami, Muhammad Nur Hakeem dan Sharifah Nuril Barieyah.

Ketibaan mereka disambut mesra oleh Timbalan Premier Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian yang mewakili Premier Sarawak, bersama-sama isterinya Datin Amar Enn Ong Siok Ean.

Para hadirin berswafoto bersama-sama Wan Junaidi. | Foto: Astana Sarawak

Turut kelihatan menyambut kehadiran beliau Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, yang juga menteri bertanggungjawab bagi acara berkenaan.

Sambutan yang bermula lebih awal pada malam tersebut menampilkan barisan persembahan kebudayaan dan hiburan, dengan kemunculan khas KRU, Dayang Nurfaizah serta bintang terkenal Indonesia, Judika.

Sambutan turut menyaksikan pengiraan detik ambang tahun baharu 2026, diikuti dengan persembahan laser dan bunga api yang diselaraskan.

Kiri: Dr Sim, Abdul Karim, Wan Junaidi, Fauziah dan para tetamu kehormat menghadiri acara kira detik ambang tahun baharu 2026 di Tebingan Kuching. | Foto: Astana Sarawak

Dalam satu kenyataan, Wan Junaidi merakamkan penghargaan atas sambutan yang meriah dan penuh kegembiraan, serta mendoakan agar Sarawak terus dikurniakan kemakmuran berpanjangan.

Beliau turut menzahirkan harapan agar perpaduan dalam kalangan rakyat serta keamanan dan kesejahteraan terus berkekalan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU