ARTIKEL

Tun Wan Junaidi serta isteri menerima kunjungan hormat daripada jawatankuasa Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XVII Peringkat Sarawak 2026, hari ini. FOTO: UKAS

Tun Wan Junaidi, Isteri Terima Kunjungan Jawatankuasa Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Agong Peringkat Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima jemputan rasmi untuk menghadiri majlis kesyukuran serta majlis jamuan teh sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XVII Peringkat Sarawak 2026.

Jemputan tersebut disampaikan menerusi kunjungan hormat delegasi jawatankuasa sambutan berkenaan yang diketuai oleh menteri bertanggungjawab sambutan merangkap Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Seri John Sikie Tayai, hari ini.

FOTO: UKAS

Majlis berkenaan dijadual berlangsung pada 13 dan 14 Jun ini di Bahagian Betong dan merupakan antara acara utama sambutan bagi menzahirkan penghormatan serta kesetiaan rakyat kepada Institusi Raja Berperlembagaan.

Dalam pertemuan itu, Tun Wan Junaidi menzahirkan penghargaan atas jemputan yang disampaikan oleh jawatankuasa penganjur.

Beliau turut berharap agar sambutan tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektifnya dalam menyemarakkan semangat perpaduan, kesetiaan serta kasih rakyat Sarawak terhadap Institusi Raja Berperlembagaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU