ARTIKEL

Turun padang rutin harian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIMBANG: Amalan turun padang dalam mendekati dan mendengar permasalahan rakyat di peringkat akar umbi secara berterusan adalah tanggungjawab utama bagi seorang wakil rakyat.

Begitulah rutin yang sentiasa diamalkan oleh Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah sejak dari dahulu lagi.

Meskipun sibuk dengan pelbagai urusan lain, ia tidak menghalang Hasbi bersama-sama dengan Majlis Daerah Limbang, turun padang mendampingi masyarakat setempat sekitar Pekan Limbang, di sini hari ini.

“Ini merupakan suatu kebiasaan dan rutin untuk saya turun padang berjumpa masyarakat setempat dari semasa ke semasa untuk mendapatkan perkembangan serta maklum balas sesuatu isu untuk tindakan seterusnya.

“Sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang wakil rakyat untuk menyantuni masyarakat setempat,” katanya.

Seawal 8.30 pagi, Hasbi mendekati para penjual tamu di tepi-tepi jalan serta masyarakat yang hendak membeli barang keperluan harian di sana.

Kehadiran beliau disambut baik oleh masyarakat setempat yang mana majoritinya terdiri daripada golongan B40.

Dalam pertemuan tidak dirancang tersebut, Hasbi mengambil peluang mendengar permasalahan yang mereka hadapi.

Turut serta Wali Kota Majlis Daerah Limbang Sufian Mohat dan Naib Pengerusi Sadia Limbang Jangan Bakar.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat