ARTIKEL

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menjawab pertanyaan wartawan pada Majlis Berbuka Puasa Menteri Luar malam tadi.

Tutup Masjid Al-Aqsa Tindakan Keji, Tidak Bermoral – Mohamad Hasan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEREMBAN: Malaysia menyifatkan tindakan Israel menutup pintu masuk Masjid Al-Aqsa sebagai tidak bermoral dan amat keji kerana menghalang umat Islam daripada menunaikan ibadah di tempat suci itu.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tindakan itu juga berlaku ketika rakyat Palestin terus berdepan keganasan termasuk pembunuhan wanita, kanak-kanak dan orang awam yang tidak berdosa. 

“Dalam bulan Ramadan ini, mereka (Israel) mengambil satu lagi tindakan keji dengan menutup Masjid Al-Aqsa daripada orang Palestin menjalankan ibadah. Ini perkara tidak bermoral dan paling keji, menahan orang Islam daripada menggunakan tempat ibadah.

“Malaysia sangat mengecam tindakan ini dan saya rasa banyak negara lain juga akan mengecam tindakan tidak bermoral ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa bersama Kepimpinan Jawatankuasa UMNO Bahagian Rembau di sini malam tadi.

Sehubungan itu, Mohamad berkata Israel perlu membuka semula Masjid Al-Aqsa bagi membolehkan umat Islam, khususnya rakyat Palestin menunaikan ibadah termasuk solat fardu, tarawih dan solat sunat Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Semalam, Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan berterusan rejim Zionis Israel menutup pintu Masjid Al-Aqsa/Al-Haram Al-Sharif kepada jemaah umat Islam, khususnya semasa Ramadan.  

Kementerian Luar dalam kenyataan berkata sekatan diskriminasi dan sewenang-wenangnya terhadap akses ke Kota Lama Baitulmaqdis serta tempat ibadat di kawasan tersebut merupakan pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa serta sejarah dan perundangan sedia ada yang mengawal selia tapak-tapak suci di Baitulmaqdis.  

Menteri luar Indonesia, Mesir, Jordan, Pakistan, Qatar, Arab Saudi, Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu dalam kenyataan bersama semalam turut menggesa Israel supaya segera menghentikan penutupan pintu masuk kompleks Masjid Al-Aqsa, sambil mengecam tindakan berterusan menutup kawasan itu kepada umat Islam, khususnya pada bulan suci Ramadan.

— BERNAMA

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat