ARTIKEL

TVS saji pelbagai program istimewa sempena Krismas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: TV Sarawak (TVS) akan mempersembahkan pelbagai program istimewa bersempena dengan Hari Krismas ini.

Ia bakal memaparkan kegembiraan, kehangatan dan gelak tawa pada musim perayaan tersebut.

Daripada rancangan masakan yang menarik hingga kepada drama keluarga yang menyentuh hati, serta persembahan muzik yang meriah, TVS menyediakan sesuatu yang istimewa untuk setiap penonton.

Menurut satu kenyataan TVS, ‘Holiday Hold Up’ akan ditayangkan pada Ahad, 22 Disember 2024, jam 8.15 malam.

Filem ini mengesahkan tentang sekumpulan pekerja restoran yang merancang untuk merompak permainan poker majikan mereka, Chip, setelah dia membatalkan bonus Krismas mereka.

Namun, dengan pelbagai halangan dan keajaiban Krismas, adakah impian mereka dapat diselamatkan?

‘Kek & Pastri’ adalah rancangan masakan Malaysia yang unik, dan mula ditayangkan pada 23 Disember ini, setiap Isnin pada jam 8.15 malam.

Dihoskan oleh pelakon, Nabila Huda, dan pemenang MasterChef Malaysia, Dr Ezani Monoto, rancangan ini menghidangkan resipi kreatif menggunakan bahan-bahan tempatan Sarawak seperti kek lapis, gula apong, dan nanas Sarawak.

“‘Salji di Rumah Panjang’, sebuah filem pendek, akan ditayangkan pada Jumaat, 20 Disember, jam 8.45 malam di YouTube TVS Entertainment dan pada Isnin, 23 Disember, jam 9.45 malam di Saluran 122 & tvsarawak.my.

“Kisahnya memaparkan Mary dan ayahnya, Roland, yang mengharungi Krismas pertama mereka tanpa ibu Mary.

“Mereka berusaha menjaga tradisi menjahit baju Krismas yang memberi kenangan manis,” katanya.

Sementara itu, ‘TVS Live (It’s Time for Christmas)’, sebuah rancangan muzik, akan ditayangkan pada Rabu, 25 Disember, jam 8.15 malam.

Nikmati persembahan lagu-lagu perayaan dengan sentuhan jazz, pop, dan folk oleh pemuzik berbakat yang memberikan suasana penuh inspirasi.

Tambahnya,’ Dr Seuss’ How the Grinch Stole Christmas’ akan ditayangkan pada Sabtu, 28 Disember, jam 9.00 malam.

Dalam adaptasi kisah klasik ini, Grinch yang benci dengan Krismas merancang untuk merosakkan perayaan di Whoville, namun pertemuannya dengan gadis Cindy Lou Who mula mencairkan hatinya dan mengubah pandangannya terhadap Krismas.

Manakala, ‘Christmas Keepsake’ adalah sebuah filem yang akan disiarkan pada Ahad, 29 Disember, jam 8.15 malam.

Tom dan anak perempuannya, Grace, berpindah ke Ashbury Grove dan menemui kapsul masa yang membawa mereka kepada kenangan dan rahsia Krismas sempurna.

Tonton semua program Krismas ini secara percuma di TVS melalui platform berikut:

  • Saluran TV: TVS Saluran 122 di MYTV, Unifi TV, dan Astro
  • Laman Web: www.tvsarawak.my
  • Aplikasi Mudah Alih: MYTV Mana-Mana, Unifi TV, dan Astro GO (Saluran 122 TVS)

Untuk jadual program lengkap, layari www.tvsarawak.my.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU