ARTIKEL

PERJUMPAAN… Sekitar perjumpaan TYT bersama pihak terlibat dalam SAR tragedi bot karam di Sungai Batang Kayan, Lundu pada Selasa.

TYT Sarawak santuni pasukan SAR insiden bot karam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Ja’afar telah mengadakan perjumpaan dengan pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi bot karam di Sungai Batang Kayan, Lundu semalam.

Menurut hantaran rasmi Facebooknya, pertemuan tersebut diadakan dengan ditemani isterinya, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi bertempat di Kasuma Resort pada jam 2.30 petang.

Tujuan perjumpaan itu diadakan untuk mengetahui keadaan mangsa-mangsa dan mendapatkan penjelasan tentang insiden bot tambang karam yang berlaku awal pagi Selasa.

Pertemuan tersebut diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar Billy Sujang.

Antara yang hadir, Residen Bahagian Kuching Dayang Juanita Azizah Abang Morsidi; Pegawai Daerah Lundu Awang Yusuf Awang Mostapha dan Timbalan Pegawai Daerah Lundu Zulkifli Morsidi.

Turut hadir, Ketua Polis Pejabat Daerah Lundu Damataries Lautin, Ketua Cawangan Khas Pejabat Polis Daerah Lundu Inspektor Romi Benet dan Pegawai Cawangan Khas Lundu Sarjan Major Unchu Belalang.

Hadir sama, Pemangku Pengarah Bomba Sarawak Tiong Ling Sii; Penolong Pengarah Bahagian Operasi Sarawak Henderi Ardimansyah dan Penguasa Bomba Daerah Lundu Joseph Diea.

Dalam kejadian pada 6.10 pagi Selasa lalu, seramai 15 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senibong, seorang pelajar SMK Lundu dan empat penduduk kampung termasuk pengemudi menaiki perahu tambang berkenaan.

Perahu yang membawa 20 penumpang, kebanyakannya pelajar SMK Senibong sedang menuju ke seberang sungai sebelum karam.

Seramai 13 pelajar sekolah iaitu tujuh lelaki dan enam perempuan berjaya diselamatkan, bersama-sama dua lelaki dewasa dan dua wanita dewasa manakala kejadian itu berlaku ketika hujan lebat dan arus sungai deras.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU