SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Ubat tahan sakit jangka pendek

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

JIKA di tangan hanya ada RM42 untuk dibelanjakan setiap bulan selama 20 tahun selepas bersara.

Andaian ini, kemungkinan dihadapi oleh kira-kira 6.1 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berusia 55 tahun ke bawah.

Ini berikutan simpanan hari tua mereka hanya berbaki kurang daripada RM10,000 setakat Disember 2021.

Hakikat itu dikongsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada Mac tahun lalu.

Beliau berkongsi kedudukan kedudukan simpanan persaraan kira-kira 12.6 juta pencarum tabung berkenaan selepas tiga kali pengeluaran khas, iaitu i-Lestari, i-Sinar dan yang terakhir i-Citra pada Februari 2022.

Persoalan, adakah menggunakan wang persaraan pada masa ini umpama mengambil ubat penahan sakit untuk jangka pendek?

Namun, ramai pencarum melihat simpanan KWSP sebagai penyelamat segera bagi mendapatkan tunai secara mudah demi mendepani kelangsungan hidup.

Antara popular dan masa depan pencarum, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya memilih tidak menjadi popular apabila menegaskan kerajaan tidak membenarkan lagi pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Bagaimanapun, sebahagian masih menaruh harapan jika Anwar yang juga Menteri Kewangan sedia mempertimbangkan pengeluaran itu bagi mendepani Ramadan, seterusnya buat persiapan Aidilfitri.

Baca lain  Tingkatkan gaji minimum, imbangi kos sara hidup

Tidak dinafikan, harapan pencarum itu berasas terutama bagi individu kehilangan kerja, belum ada kerja tetap atau tidak mampu bekerja kerana penyakit atau menjadi mangsa bencana seperti banjir baru-baru ini.

Walaupun beberapa pertubuhan meminta kerajaan membenarkan pencarum berbuat demikian.

Seperti disuarakan pakar kewangan, persatuan perniagaan dan ekonomi, langkah itu dianggap bukan terbaik pada masa ini, sebaliknya pemberian subsidi bersasar dan bantuan lain lebih berkesan membantu individu memerlukan.

Beberapa pakar ekonomi berpendapat, melihat pengeluaran KWSP bukan penyelesaian mampan terhadap masalah kewangan rakyat dalam mengharungi peningkatan kos sara hidup sekarang.

Dekan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia, Prof Dr Mohamad Fazli Sabri, dipetik berkata bagi menyelesaikan masalah ekonomi yang membebani rakyat, kerajaan perlu mencari penyelesaian proaktif dan tuntas.

Ini termasuk memperkasa rantaian bekalan dan sekuriti makanan bagi memastikan harga barangan dapat diturunkan serta kekal terkawal.

“Saya percaya jika masalah kos sara hidup dan isu berkaitan peningkatan harga barang ini dapat ditangani dengan baik, kebajikan rakyat akan terbela.

“Inisiatif yang diambil juga harus dilaksanakan secara berterusan sehingga ekonomi benar-benar pulih,” katanya dipetik Bernama.

Baca lain  Tukar kepada pertanian moden

Kita tidak menolak ramai yang melihat simpanan KWSP sebagai penyelamat segera mereka bagi mendapatkan tunai secara mudah demi kelangsungan hidup semasa.

Namun, kerajaan perlu cari penyelesaian menyeluruh kerana kita lihat isu kenaikan harga barang ini bukan isu lokal sematamata sebaliknya adalah isu global yang turut didepani negara lain seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara Eropah.

Sebelum ini, Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (Prorakyat) menggesa kerajaan menimbang pengeluaran caruman KWSP antara RM10,000 dan RM30,000 secara sekali gus, yang mana menurut Presidennya Khairul Anuar Othman, bertujuan mengelak rakyat terputus perbelanjaan tunai.

Ini kerana katanya, masih ada pencarum terkesan oleh tempias Covid-19 termasuk belum memperoleh pekerjaan baharu selepas diberhentikan ketika penularan pandemik itu memuncak, sedangkan mereka mempunyai komitmen kewangan yang tinggi seperti tunggakan bayaran balik pinjaman.

Kementerian Kewangan sebelum ini dilaporkan berkata pengeluaran khas, khususnya daripada Akaun 1 KWSP, memberi kesan jangka panjang iaitu pengurangan jumlah simpanan persaraan yang agak ketara bagi mereka yang berkenaan.

Menurut kementerian itu lagi, tiga pengeluaran khas yang dibenarkan oleh kerajaan sebelum ini memanfaatkan 7.34 juta ahli dengan jumlah keseluruhan yang dikeluarkan sebanyak RM101 bilion.

Baca lain  Jana pendapatan menerusi bidang kecantikan

Pengeluaran khas itu juga katanya, menyebabkan penurunan ketara dalam peratusan ahli yang mencapai Simpanan Asas (RM240,000 pada usia 55 tahun) daripada 36 peratus pada 2020 kepada 30 peratus pada akhir 2021.

Keadaan itu secara langsung menunjukkan 70 peratus atau lebih dua pertiga daripada ahli berumur 55 tahun dan ke bawah, berada dalam situasi serius apabila jumlah dana mereka tidak cukup untuk bersara melebihi paras kemiskinan.

KWSP menganggarkan ahli perlu bekerja antara empat dan enam tahun tambahan untuk membina semula simpanan yang dikeluarkan semasa pandemik.

Sesungguhnya, pencarum berkemungkinan besar tidak mempunyai simpanan yang cukup untuk menikmati harihari tua sekiranya mereka sekali lagi dibenar mengeluarkan caruman KWSP.

Pencarum harus berbalik kepada tujuan asal mengapa mereka mencarum di KWSP.

Seperti yang kita tahu, KWSP merupakan tabung simpanan persaraan, tetapi jika selepas persaraan, pencarum tidak cukup wang simpanan, ia pastinya akan wujud masalah di sini, jadi bagaimana mereka mahu mengharapkan KWSP membantu mereka pelaburan pengurus dana persaraan itu. 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru