ARTIKEL

Abang Johari, Douglas Uggah serta tetamu lain dan ahli parti menyanyikan lagu March PBB pada Konvensyen Khas PBB Zon Betong di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, hari ini. Foto Osman Razali.

Uggah gesa ahli PBB, GPS kekal bersatu hadapi PRN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Timbalan Yang Dipertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengingatkan semua ahli PBB dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) supaya terus mengekalkan disiplin parti serta semangat perpaduan bagi memastikan kemenangan di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menurutnya, kejayaan hanya dapat dicapai sekiranya setiap ahli bergerak sebagai satu pasukan yang bersatu dan berdisiplin.

“Kita berharap semua rakan dalam GPS juga sentiasa berdisiplin.
“Kita tidak akan membiarkan mana-mana individu atau kumpulan memecah-belahkan GPS dan PBB.

“Pastikan disiplin parti sentiasa dijaga. Kita boleh mengambil iktibar daripada kejayaan Sepanyol dalam Piala Dunia. Mereka muncul juara kerana bermain sebagai satu pasukan yang berdisiplin, bersatu padu dan tidak bergantung kepada seorang bintang sahaja,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Premier berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Khas PBB Zon Betong di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, hari ini.

Konvensyen itu dirasmikan oleh Premier yang juga Yang Dipertua PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Mengulas lanjut, Uggah berkata, ahli parti sendiri merupakan aset dan kekuatan utama PBB. Justeru, setiap mereka perlu memainkan peranan bagi memastikan kemenangan cemerlang pada PRN akan datang.

“Jika PRN diadakan esok, kita mahu semua kawasan memperoleh kemenangan yang cemerlang.

“Marilah kita bersama-sama berikrar di hadapan pucuk pimpinan parti bahawa kita akan berjuang bersungguh-sungguh bagi memastikan PBB dan GPS memenangi semua kerusi DUN di Zon Betong,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan perjuangan PBB selama ini telah membawa impak yang nyata kepada pembangunan serta kemakmuran Sarawak.

Katanya, Premier sendiri dapat melihat begitu banyak kenderaan di sepanjang jalan di Betong, sekali gus mencerminkan peningkatan taraf hidup dan kemakmuran ekonomi hasil dasar yang dilaksanakan kerajaan di bawah kepimpinan Abang Johari.

“Percayalah, PBB mengangkat martabat Sarawak. PBB memastikan hak Sarawak terus dipertahankan dan semakin dihormati.

“Sebab itu, tema ‘Jaga Sarawak, Intu Sarawak’ amat bertepatan. Apabila PBB menjaga Sarawak, rakyat akan terus menikmati pembangunan, keamanan dan peluang yang lebih baik.

“Justeru, menjadi tanggungjawab kita untuk meneruskan perjuangan ini,” katanya.

BERITA LAIN

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan

BERITA TERBARU

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan