ARTIKEL

SUDARNOTO OSMAN

Uji bakat Innovathon di Makeramai Makerspace pada 10 dan 11 Jun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Uji bakat “Innovathon” musim ketiga yang berlangsung di Makeramai Makerspace pada 10 dan 11 Jun depan merupakan platform signifikan mencungkil bakat para inovator Sarawak untuk menjadi tumpuan negara.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) Datuk Ir. Ts. Sudarnoto Osman berkata, inisiatif Sarawak Digital mencerminkan komitmen tidak berbelah bahagi dalam mengubah Sarawak menjadi hab bakat tempatan yang memacu inovasi dan merintis penyelesaian.

“Menjadi hos Innovathon, kita ingin memperkasakan para inovator Sarawak agar mendapat pengiktirafan negara demi memastikan visi yang berani menjadi realiti,” katanya dalam kenyataan, hari ini

Beliau teruja dan tidak sabar melihat hasil ciptaan minda cemerlang anak Sarawak dan yakin mereka bersedia untuk meninggalkan impak berkekalan di pentas negara.

Dalam kenyataan sama, SDEC komited memperjuangkan bakat inovatif tempatan.

Untuk rekod, Innovathon, pemenang Anugerah ContentAsia 2024, ialah rancangan TV realiti yang disegani khusus untuk menemui inovator paling kreatif di Malaysia.

Ia menawarkan platform penting kepada peserta membentangkan idea perintis mereka dan mendapat sokongan yang besar untuk pembangunan dan pendedahan.

Peluang untuk inovator Sarawak yang paling menjanjikan untuk melangkah ke peringkat kebangsaan, perkongsian ini sejajar dengan inisiatif utama SDEC, Ekosistem Digital dan Inovasi Sarawak (Sarawak Digital).

Ia bertujuan mencungkil bakat tempatan, memacu inovasi akar umbi, dan mempercepat penemuan teknologi di seluruh rantau ini.

Dengan menerajui uji bakat Innovathon di Sarawak, SDEC menyediakan saluran berimpak tinggi untuk meletakkan para inovator Sarawak menjadi tumpuan negara dan memajukan misi rantau ini untuk membina masa depan digital yang bertenaga dan berdikari.

BERITA LAIN

Legenda tempatan mampu tarik pelancong ke Sarawak

KUCHING: Kisah legenda di sebalik nama tempat, sungai dan bangunan bersejarah di Sarawak berpotensi menjadi tarikan pelancongan, sekali gus memperkenalkan warisan negeri ini kepada khalayak

Klinik Kesihatan Semop perlukan ambulans

DARO: Klinik Kesihatan Semop memerlukan sebuah ambulans bagi memudahkan penghantaran pesakit kecemasan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut, selain beberapa kemudahan tambahan bagi menyokong operasi

BERITA TERBARU