ARTIKEL

Dato Yusuf Abd Wahab meninjau kemudahan dan mengenal pasti keperluan Klinik Kesihatan Semop ketika melakukan lawatan ke klinik berkenaan.

Klinik Kesihatan Semop perlukan ambulans

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DARO: Klinik Kesihatan Semop memerlukan sebuah ambulans bagi memudahkan penghantaran pesakit kecemasan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut, selain beberapa kemudahan tambahan bagi menyokong operasi klinik berkenaan.

Ahli Parlimen Tanjong Manis, Dato Yusuf Abd Wahab berkata, keperluan itu dikenal pasti ketika beliau melakukan lawatan ke klinik berkenaan, hari ini.

Menurutnya, antara kemudahan lain yang diperlukan ialah penghawa dingin, tilam pesakit, peralatan makmal dan dapur memasak.

“Saya akan mendapatkan senarai terperinci keperluan berkenaan daripada pihak klinik sebelum mengemukakannya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pertimbangan,” katanya kepada media.

Kemudahan kesihatan di luar bandar perlu dilengkapi peralatan bersesuaian bagi memastikan penduduk mendapat perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.

Dari segi tenaga kerja, katanya, jumlah kakitangan sedia ada secara umumnya mencukupi, walaupun masih terdapat beberapa kekurangan yang perlu diteliti.

Terdahulu, beliau menghadiri program Gerakan Massa Masyarakat Desa (GEMA) @ KKDW di Kampung Semop.

BERITA LAIN

PATUH 2026 perkukuh perlindungan pengguna di Telaga Air

KUCHING: Peniaga diingatkan supaya mematuhi undang-undang perdagangan, termasuk mempamerkan tanda harga dan menggunakan alat timbang serta sukat yang sah, menerusi pelaksanaan Program Zon Tumpuan Pelancongan

Integriti, akauntabiliti perlu seiring kemajuan AI – Nancy

KUCHING: Kemajuan kecerdasan buatan (AI) yang semakin berupaya melaksanakan tugasan kompleks menuntut pengawasan manusia, integriti dan akauntabiliti bagi memastikan teknologi itu digunakan secara bertanggungjawab. Menteri

BERITA TERBARU