ARTIKEL

Datuk Seri Nancy Shukri berkunjung ke gerai jualan penjaja selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran PATUH 2026 di Telaga Air.

PATUH 2026 perkukuh perlindungan pengguna di Telaga Air

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Peniaga diingatkan supaya mematuhi undang-undang perdagangan, termasuk mempamerkan tanda harga dan menggunakan alat timbang serta sukat yang sah, menerusi pelaksanaan Program Zon Tumpuan Pelancongan PATUH 2026 peringkat negeri.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak, Matthew Dominic Barin berkata, program itu bertujuan melindungi hak pengguna serta memastikan urus niaga di kawasan pelancongan berlangsung secara telus dan beretika.

Menurutnya, Telaga Air dipilih sebagai lokasi pelaksanaan program bagi memperkukuh pemantauan aktiviti perniagaan, khususnya di kawasan tumpuan pengunjung.

Program itu turut memberi penekanan kepada ketepatan alat timbang dan sukat serta penyampaian maklumat barangan yang benar kepada pengguna.

Matthew mengingatkan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan daripada peningkatan jumlah pelancong untuk mengaut keuntungan secara tidak beretika.

Beliau berharap inisiatif itu dapat meningkatkan kepercayaan pengguna serta mengukuhkan imej Sarawak sebagai destinasi pelancongan yang selamat dan mesra pengunjung, selain menggalakkan amalan perniagaan berintegriti.

Orang ramai yang mengesan pelanggaran undang-undang perdagangan boleh menyalurkan aduan menerusi WhatsApp 019-848 8000, portal e-Aduan KPDN di e-aduan@kpdn.gov.my, talian 1-800-886-800 atau aplikasi Ez Adu KPDN.

Majlis pelancaran program itu disempurnakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Nancy Shukri.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa (Pencegahan) KPDN, Aris Mamat.

BERITA LAIN

Integriti, akauntabiliti perlu seiring kemajuan AI – Nancy

KUCHING: Kemajuan kecerdasan buatan (AI) yang semakin berupaya melaksanakan tugasan kompleks menuntut pengawasan manusia, integriti dan akauntabiliti bagi memastikan teknologi itu digunakan secara bertanggungjawab. Menteri

Jambatan Batang Saribas 2 dibuka 5 Disember

PUSA: Penduduk daerah ini bakal menikmati kemudahan perhubungan lebih baik apabila Jambatan Batang Saribas 2 dijadualkan mula digunakan pada 5 Disember depan. Premier Sarawak, Datuk

BERITA TERBARU