ARTIKEL

Datuk Amar Douglas Uggah menyampaikan hadiah kepada pemenang Regata Tandang Sari 2026 di Dataran Tandang Sari.

Jambatan Batang Saribas 2 dibuka 5 Disember

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUSA: Penduduk daerah ini bakal menikmati kemudahan perhubungan lebih baik apabila Jambatan Batang Saribas 2 dijadualkan mula digunakan pada 5 Disember depan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Abang Openg, berkata jambatan sepanjang 2.43 kilometer itu bakal melancarkan pergerakan penduduk serta memudahkan urusan perdagangan dan pengangkutan hasil pertanian serta perikanan.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, ketika merasmikan Regata Tandang Sari 2026 di Dataran Tandang Sari, di sini, hari ini.

“Pembukaan Jambatan Batang Saribas 1 pada Julai 2025, Jambatan Sungai Krian pada Mac lalu dan Jambatan Batang Lupar 1 pada Mei lalu turut memperkukuh hubungan antara kawasan di bahagian ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, sebanyak 46 projek pembangunan bernilai RM205 juta sedang dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro melalui Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA).

Abang Johari berkata, projek berkenaan meliputi pelbagai bidang, termasuk kemudahan asas, pembangunan sosial, pemerkasaan wanita, pertanian makanan, keusahawanan, utiliti dan pelancongan.

Beliau berkata, Sarawak turut menyediakan kira-kira RM10.098 bilion bagi perbelanjaan pembangunan menerusi Belanjawan 2027, dengan RM6.4 bilion dikhususkan untuk pembangunan luar bandar.

Sementara itu, beliau menyifatkan Regata Tandang Sari bukan sekadar pertandingan perahu, malah lambang identiti dan perpaduan masyarakat yang mampu menarik pelancong serta membuka peluang pendapatan kepada peniaga dan pengusaha tempatan.

“Gabungan pembangunan infrastruktur dengan usaha memelihara warisan budaya penting bagi merealisasikan aspirasi Sarawak menjadi negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030,” katanya.

BERITA LAIN

‘Jangan sesekali menganggap tugas kita kecil’ – Iskandar

BINTULU: Komitmen dan dedikasi kakitangan sokongan antara pemangkin kecemerlangan institut pengajian tinggi (IPT) khususnya dalam memastikan kelancaran operasi, keberkesanan pentadbiran dan kualiti penyampaian perkhidmatan. Ahli

BERITA TERBARU

‘Jangan sesekali menganggap tugas kita kecil’ – Iskandar

BINTULU: Komitmen dan dedikasi kakitangan sokongan antara pemangkin kecemerlangan institut pengajian tinggi (IPT) khususnya dalam memastikan kelancaran operasi, keberkesanan pentadbiran dan kualiti penyampaian perkhidmatan. Ahli