ARTIKEL

Nancy berucap pada Program EmpowerUS 2026 bertemakan Memperkasa Pemimpin: Kepimpinan Mampan, Berdaya Tahan dan Beretika di Kuching, hari ini.

Integriti, akauntabiliti perlu seiring kemajuan AI – Nancy

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kemajuan kecerdasan buatan (AI) yang semakin berupaya melaksanakan tugasan kompleks menuntut pengawasan manusia, integriti dan akauntabiliti bagi memastikan teknologi itu digunakan secara bertanggungjawab.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Sri Nancy Shukri berkata, perkembangan pesat AI dan teknologi digital bukan sahaja mengubah cara manusia bekerja dan berkomunikasi, malah mempengaruhi proses membuat keputusan.

Keupayaan AI yang semakin berkembang menjadikan aspek kuasa, akauntabiliti, pengawasan manusia dan kepercayaan semakin penting.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program EmpowerUS 2026 bertemakan Memperkasa Pemimpin: Kepimpinan Mampan, Berdaya Tahan dan Beretika di sini, hari ini.

Nancy turut menjadikan seni tenunan Pua Kumbu sebagai gambaran kepimpinan yang mengutamakan kerjasama, apabila setiap benang mempunyai fungsi tersendiri tetapi kekuatan keseluruhan bergantung pada kesatuan.

Beliau berkata, prinsip kepimpinan beretika itu turut menjadi asas pendekatan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam pembangunan sosial, termasuk memperluas peranan wanita dalam membuat keputusan, membentuk dasar dan memacu inovasi.

Usaha itu dilaksanakan menerusi Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita 2025–2030, selain program kementerian seperti Program Perantisan Kepimpinan Wanita dan Skuad WAJA.

Mengenai EmpowerUS 2026, Nancy berkata, program anjuran Persatuan Alumni Ohio University Cawangan Malaysia itu menyediakan platform kepada golongan profesional untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman, termasuk perkembangan AI serta amalan kepimpinan di negara lain.

Beliau menggalakkan peserta menterjemahkan pengetahuan yang diperoleh sepanjang program kepada tindakan praktikal di organisasi masing-masing bagi memperkukuh amalan kepimpinan.

BERITA LAIN

Jambatan Batang Saribas 2 dibuka 5 Disember

PUSA: Penduduk daerah ini bakal menikmati kemudahan perhubungan lebih baik apabila Jambatan Batang Saribas 2 dijadualkan mula digunakan pada 5 Disember depan. Premier Sarawak, Datuk

‘Jangan sesekali menganggap tugas kita kecil’ – Iskandar

BINTULU: Komitmen dan dedikasi kakitangan sokongan antara pemangkin kecemerlangan institut pengajian tinggi (IPT) khususnya dalam memastikan kelancaran operasi, keberkesanan pentadbiran dan kualiti penyampaian perkhidmatan. Ahli

BERITA TERBARU