KUCHING: Lembaga Air Kuching memaklumkan terdapat gangguan bekalan air di beberapa kawasan di bandar ini pelaksanaan ujian integriti ke atas saluran paip di sepanjang Jalan Tun Jugah.
Kawasan terjejas ialah sepanjang Jalan Tun Jugah, Jalan Bintangor, Jalan BDC, Jalan Stutong, Jalan Stampin, Jalan Durian Burung, Jalan Luis, Jalan Kempas, Jalan Seladah, Jalan Laksamana Cheng Ho, Jalan Song, Jalan Tabuan Dayak, Jalan Stampin Timur, Jalan Stampin Barat, Jalan Kenny Hill dan kawasan sekitarnya akan mengalami gangguan bekalan air atau tekanan air rendah
“Gangguan dijangka berlaku pada 19 Januari (Jumaat) bermula jam 10 malam dan berakhir jam 5 pagi keesokan harinya,” katanya.
Sepanjang tempoh pemulihan, pengguna akan mengalami tekanan air rendah dan air kotor.
Tangki air akan dihantar ke semua tempat mengalami gangguan air.
Bagaimanapun orang ramai dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya sepanjang tempoh gangguan tersebut.
Segala kesulitan amatlah dikesali.
Untuk sebarang pertanyaan Hubungi talian Call Centre 082-222333 atau Whatsapp ke 019-8866650.


