ARTIKEL

Ular sawa sembunyi atas siling rumah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Ular Sawa dianggarkan sepanjang lima meter berjaya ditangkap oleh pasukan APM.

SERIAN: Seekor ular sawa dianggarkan sepanjang lima meter berjaya ditangkap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di sebuah rumah Kampung Rasau B, di sini hari ini.

APM Sarawak berkata, pihaknya sebelum menerima ini laporan dari seorang penghuni kira-kira jam 7.15 pagi memaklumkan terdapat ular di halaman rumahnya.

Katanya, enam orang anggota telah digerakkan ke lokasi bagi menangkap ular terbabit.

“Setibanya dilokasi, tiga anggota mengambil peralatan operasi lalu memeriksa keadaan sekeliling agar selamat dari bahaya.

“Setelah beberapa minit proses pencarian, ular sawa tersebut berjaya ditangkap dengan tenik menjerut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ketika tangkapan dilakukan, ular tersebut berada di siling rumah.

Katanya, operasi ditamatkan pada jam 8.57 pagi.

Anggota APM Serian cuba menangkap ular sawa yang berada di atas siling rumah pengadu di Kampung Rasau B, di sini hari ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU