ARTIKEL

UNIFOR anjur kempen derma darah bersama Hospital Umum Sarawak, KDJA di Aeroville Mall pada 22 Feb

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) akan bekerjasama dengan Hospital Umum Sarawak (SGH), Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) dan Aeroville Mall untuk menganjurkan kempen derma darah pertamanya pada tahun 2025.

Menurut kenyataan UNIFOR, kempen yang dianjurkan dengan kerjasama Bank Darah SGH ini bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai orang tampil menderma darah dan memastikan bekalan darah mencukupi di negeri ini.

Selain itu, kempen ini juga untuk memupuk nilai murni dalam diri, selain boleh dijadikan sebagai tanggungjawab sosial dalam kalangan masyarakat.

Orang ramai dialu-alukan untuk hadir bagi menyokong usaha ini.

“Ahli-ahli media KDJA yang layak menderma darah digalakkan untuk menyertai kempen ini.

“Justeru, orang awam yang berminat turut
dijemput hadir untuk menyumbang kepada usaha murni ini,” menurut kenyataan itu hari ini.

Kempen ini akan diadakan pada 22 Februari (Sabtu), dari jam 10 pagi hingga 3 petang di Aeroville Mall.

Ia diharapkan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai untuk membantu pihak yang memerlukan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU