ARTIKEL

Abang Johari ketika berucap pada Majlis Apresiasi UNIFOR di sini, malam tadi | Foto: UKAS

UNIFOR terima tambahan RM10 juta perkasa rumah ibadat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan menambah peruntukan kepada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) sejumlah RM10 juta tahun hadapan, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM120 juta.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penambahan ini dibuat memandangkan hasil pendapatan Sarawak yang kian meningkat serta komitmen berterusan kerajaan terhadap pembangunan rumah-rumah ibadat dan pendidikan sekolah mubaligh.

“Sebelum ini, Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kepada saya ‘Sarawak mempunyai dana, bolehkah kita kongsikan sedikit (kepada Unifor) untuk tahun 2026?’.

“Baiklah, kita (Kerajaan Sarawak) tambah RM10 juta lagi menjadi RM120 juta untuk tahun hadapan,” katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi UNIFOR di sini, malam tadi.

Justeru, Abang Johari percaya UNIFOR mampu menguruskan dana tersebut dengan penuh integriti dan akauntabiliti selaras dengan apa yang dituntut oleh setiap agama.

Beliau turut menyeru agar penerima bantuan turut menguruskan dana yang diberikan dengan standard integriti dan akauntabiliti yang tinggi apabila pihak UNIFOR menyerahkan dana tersebut.

“Kerana anda perlu ingat: Tuhan sedang memerhati anda. Tuhan memerhati kerana anda sedang melakukan sesuatu yang dituntut oleh Tuhan,” tegasnya.

Dalam majlis tersebut, Abang Johari turut melancarkan aplikasi Sistem Pengurusan Perkhidmatan Agama Lain (ORSEM), sebuah platform digital bagi memperkemas perkhidmatan UNIFOR kepada rumah-rumah ibadat di seluruh Sarawak.

ORSEM yang telah dinaik taraf ini kini menyediakan pengalaman digital lengkap dari awal hingga akhir, merangkumi pendaftaran profil Rumah Ibadat, penyerahan permohonan dana, penyerahan laporan kemajuan dan penyempurnaan projek, serta permohonan perubahan skop.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU