ARTIKEL

Mantap… Evelyne Tan Xie Yie (kanan) merangkul pingat gangsa.

UNIMAS lakar prestasi cemerlang di temasya sukan IPT Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) meraih tiga pingat gangsa dalam Kejohanan Varsity Track & Field Championship dan Kejohanan Varsity Combat Sports 2025 yang berlangsung dari 13 hingga 16 November lalu.

Pencapaian itu sekali gus menjadi sejarah tersendiri buat UNIMAS, khususnya para atlet, memandangkan temasya tersebut merupakan antara kejohanan terbesar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Malaysia.

Berpasukan… acara 4×400 meter lelaki UNIMAS meraih tempat ketiga.

Evelyne Tan Xie Yie membuka tirai merangkul gangsa menerusi acara lompat bergalah wanita.

Lebih membanggakan, wakil UNIMAS itu turut tersenarai sebagai wakil Malaysia ke temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2026.

Berpasukan… acara 4×400 meter lelaki UNIMAS meraih tempat ketiga.

Pingat gangsa kedua diraih dalam acara 4×400 meter berpasukan lelaki yang diwakili oleh Muhammad Muqzairy Mahajoda, Afiq Aizuddin Suhaimi, Dexter Palmin dan Nathanael Hardine Leston Tan Wei Wen.

Pingat gangsa ketiga pula disumbangkan oleh Eric Tuh Zen Ming menerusi acara taekwondo dalam Kejohanan Varsity Combat Sports 2025.

Kejayaan atlet UNIMAS membuktikan hasil latihan berterusan dan komitmen tinggi para atlet di samping sokongan padu daripada pihak universiti.

Kejayaan tersebut sekali gus menjadi pencetus semangat kepada pengurusan UNIMAS untuk mengekalkan pencapaian sama pada kejohanan akan datang.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira