ARTIKEL

UNIMAS nafi sembunyi maklumat insiden kematian anak kucing di Kolej Allamanda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) tidak menyembunyikan sebarang maklumat berhubung insiden membabitkan kematian seekor anak kucing di kawasan Kolej Kediaman Allamanda yang dilaporkan pada 18 April lalu.

Naib Canslornya, Profesor Dr. Ahmad Hata Rasit berkata, ekoran itu pihaknya mengadakan mesyuarat hari ini dan memutuskan untuk mengeluarkan kenyataan tambahan rasmi untuk memberi maklumat tepat serta membetulkan segala spekulasi.

Katanya, UNIMAS juga membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk memastikan siasatan sewajarnya dapat dijalankan.

“Kita juga menemu bual saksi kejadian seperti pelajar, termasuk pekerja kantin atau kafe di kolej kediaman tersebut, dan insya-Allah kita akan mengeluarkan kenyataan rasmi tambahan dalam masa terdekat ini.

“Kita juga tidak berniat hendak menyembunyikan sebarang maklumat, kerana ini membabitkan imej UNIMAS dan ia terlalu berharga untuk dicemarkan dengan isu sedemikian,” katanya.

Beliau berkata ketika ditemui selepas majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2025 bertemakan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Raya Nusantara di di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR), UNIMAS, di sini, hari ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU