ARTIKEL

Edris ketika membacakan teks ucapan Al-Khalid pada penangguhan Seminar Penguatkuasaan Undang-undang Syariah dengan tema ‘Mendaulatkan Undang-undang Syariah’ di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS), UNIMAS di sini, hari ini.

UNIMAS Tekan Kepentingan Sahsiah dan Moral Mahasiswa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sentiasa menekankan kepentingan pembinaan sahsiah dan nilai moral dalam kalangan mahasiswa, tegas Profesor Ir Ts Dr Al-Khalid Othman.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNIMAS itu berkata, perkara tersebut penting kerana institusi pengajian tinggi (IPT) bukan sahaja tempat untuk menimba ilmu, tetapi juga membentuk jati diri dan pandangan hidup yang seimbang.

“Mereka ialah pewaris masa hadapan, pewaris kepada amanah ilmu, iman dan kepimpinan. Pemimpin masa hadapan bukan sahaja ditentukan dengan sijil dan pencapaian akademik, tetapi akhlak, keikhlasan hati serta kebijaksanaan dalam berfikir,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar UNIMAS, Dr Edris Aden pada penangguhan Seminar Penguatkuasaan Undang-undang Syariah dengan tema ‘Mendaulatkan Undang-undang Syariah’ di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS), UNIMAS di sini, hari ini.

Tambahnya, mahasiswa juga perlu menjadi golongan yang memahami falsafah syariah, bukan sekadar hukum-hakam, tetapi juga nilai kemanusiaan yang terkandung.

Mengenai seminar tersebut, beliau memaklumkan, kerjasama strategik antara JAIS dengan UNIMAS dalam penganjuran seminar ini amat bermakna, sekali gus membuktikan bahawa agama dan akademik bukan dua dunia yang terpisah, tetapi saling melengkapi dalam membentuk insan yang seimbang dan berilmu.

Dalam hal berkaitan, beliau menyeru semua peserta seminar khususnya mahasiswa Islam agar menjadikan majlis ilmu ini sebagai titik tolak kepada kebangkitan semangat dan kesedaran.

“Kita tidak boleh hanya menjadi pemerhati cabaran sosial dan moral yang berlaku di sekeliling. Kita mesti menjadi sebahagian daripada penyelesaian, bukan hanya pengulas di media sosial atau pengkritik dari jauh,” tegasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU