ARTIKEL

KADIM SUAIDI kelihatan menerangkan sesuatu kepada Razi Sitam semasa singgah di tapak pameran UNIMAS pada Program Outreach UPU2U 2023 Zon Sarawak di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, hari ini - Foto: OSMAN RAZALI

UNIMAS terima masuk pelajar miskin biarpun tidak mampu langsai yuran terlebih dahulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menegaskan pihaknya menerima masuk pelajar miskin biarpun mereka tidak mampu melangsaikan yuran pengajian terlebih dahulu.

Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, salah satu dasar di UNIMAS adalah membenarkan pelajar miskin mendaftar tanpa membayar yuran.

“Memang sejak beberapa tahun kebelakangan UNIMAS berpegang kepada dasar itu, maka apabila mereka mendapat tawaran dan datang ke UNIMAS, namun tidak mampu membayar yuran, kita terima…boleh mendaftar sebagai pelajar dan mendaftar mata pelajaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengeluarkan arahan kepada universiti awam (UA) di negara ini untuk tidak menolak kemasukan pelajar miskin atau tidak mampu membayar yuran, selepas Program Outreach UPU2U 2023 Zon Sarawak yang berlangsung di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, hari ini.

Jelasnya, pihaknya akan menguruskan soal bayaran untuk membantu pelajar miskin.

“Kita memiliki banyak sumber seperti tabung wakaf, tabung kebajikan pelajar, Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) khusus untuk anak-anak Sarawak, kita juga ada tabung lain yang boleh diakses.

“Insya-Allah tidak perlu risau, jika dapat tawaran masuk ke UNIMAS – mereka boleh mendaftar tanpa membayar yuran,” ujarnya.

Terdahulu pada Selasa, Anwar memaklumkan perkara berkenaan pada Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan.

Menurutnya, arahan sedemikian yang pertama kali dalam sejarah negara untuk memastikan para pelajar mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU