ARTIKEL

Upah lumayan jadi keldai akaun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Suri rumah, penganggur, pelajar dan warga emas merupakan golongan sasaran yang sering dijadikan sebagai keldai akaun oleh sindiket penipuan kewangan dalam talian seperti Macau Scam termasuk Love Scam (Penipuan Cinta), Parcel Scam dan sebagainya.

Ketua Pejabat Bank Negara Malaysia (BNM) Kuching Mohd Irman Mohd Din berkata, sindiket biasanya mendapatkan keldai akaun atau dikenali sebagai akaun tumpang dengan memperdaya golongan yang memerlukan duit serta mempunyai tahap celik kewangan yang rendah.

“Mangsa mudah terpedaya dengan tawaran upah lumayan mencecah ribuan ringgit untuk membuka atau menyerahkan akaun bank bagi kegunaan pihak ketiga.

“Kebanyakannya ditawarkan upah melebihi RM1,000 sebulan untuk menggunakan akaun bank mereka,” katanya yang ditemui baru-baru ini.

Beliau menambah, terdapat juga modus operandi yang menggunakan tawaran peluang pekerjaan sebagai cara bagi mendapatkan akses kepada akaun bank mangsa.

Jelasnya, mangsa dikehendaki menyerahkan butiran akaun bank termasuk nombor PIN kad ATM sebagai syarat diterima bekerja dengan pihak sindiket akaun keldai. Selain itu, Mohd Irman berkata, terdapat juga syarikat peminjam wang tidak berlesen yang memperdayakan peminjam untuk menyerahkan akaun bank mereka sebagai cagaran pinjaman tersebut.

“Namun pada hakikatnya, sindiket menggunakan akaun bank peminjam sebagai keldai akaun,” katanya. Justeru, katanya, terdapat tiga tip praktikal yang boleh diamalkan oleh masyarakat bagi mengelak diri menjadi mangsa keldai akaun iaitu 3L (lindung, lapor dan lepas).

3L ialah lindungi kad ATM dan maklumat perbankan peribadi dengan tidak berkongsi maklumat tersebut dengan mana-mana pihak dan laporkan kepada pihak bank atau polis sekiranya mendapati kehilangan kad ATM atau penyalahgunaan akaun bank.

Selain itu ialah lepaskan diri daripada bersekongkol dengan pihak yang mengkehendaki anda melakukan aktiviti yang mencurigakan seperti membuat pindahan wang kepada orang yang tidak dikenali.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira