PELAKON dan pengacara Malaysia, Kamal Adli dan pasangannya, Uqasha Senrose selamat menyambut kelahiran anak sulung mereka.
Uqasha melahirkan anaknya seberat 2.72 kilogram di pusat perubatan di Kuala Lumpur pada subuh, Sabtu lalu.
Terdahulu, Uqasha pernah mengalami keguguran ketika mengerjakan ibadah umrah dan turut mendedahkan bahawa dia pernah mengalami keguguran kali kedua sekitar November 2022.






