ARTIKEL

Mancha (tengah) menyaksikan serah terima tugas daripada ASP Suriah Seleh (kiri) kepada DSP Neil Beginda (kanan).

Usaha berterusan bendung jenayah komersial, 244 tangkapan dibuat Polis Sarawak setakat ini bagi 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 597 kes jenayah komersial direkodkan di Sarawak bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Mac 2024.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, angka tersebut menunjukkan penurunan jika dibandingkan dengan 739 kes bagi tempoh sama pada 2023, iaitu penurunan sebanyak 142 kes bersamaan 19.21 peratus.

“Kerugian jenayah komersial bagi tempoh tersebut adalah sebanyak RM28.6 juta bagi tahun ini.

“Manakala bagi tempoh yang sama pada tahun 2023, ia adalah sebanyak RM31.2 juta dengan penurunan sebanyak RM2.6 juta iaitu hanya 8.33 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Padawan, Matu Dato dan Serian di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontigen Sarawak di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mancha turut menyatakan kes paling banyak direkodkan yang melibatkan mangsa dan kerugian di Sarawak adalah e-dagang dengan 154 kes dan kerugian RM1.4 juta.

Seterusnya adalah kes tipu pelaburan dengan 58 kes dan kerugian RM11.1 juta, tipu pinjaman tidak wujud dengan 55 kes dan kerugian RM432,000, pecah amanah jenayah dengan 46 kes dan kerugian RM7.4 juta, selain tipu ‘phone scam’ dengan 40 kes dan kerugian RM2.7 juta, jelasnya.

“Dalam pada itu, usaha berterusan oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak (JSJK) bagi membendung jenayah komersial di negeri ini telah menghasilkan sebanyak 244 tangkapan bagi tahun 2024.

“Seramai 374 orang, termasuk dari kes-kes pada tahun sebelumnya, telah dituduh di mahkamah atas pertuduhan yang melibatkan 361 kertas siasatan dan jumlah pertuduhan keseluruhan sebanyak 706 dengan jumlah peratusan pertuduhan sebanyak 60.47 peratus,” katanya.

Sehubungan itu, Mancha menasihatkan semua lapisan masyarakat di luar sana agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran palsu di media sosial, terutamanya dari segi tawaran pekerjaan tidak wujud, pinjaman tidak wujud, ‘phone scam’ dan banyak lagi.

Beliau turut menggesa orang ramai menghubungi Pusat Tindak Balas Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997 untuk melaporkan aktiviti mencurigakan dan menyekat transaksi yang berlaku dalam tempoh 24 jam.

BERITA LAIN

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri