ARTIKEL

Len Talif menyerahkan kamus Bahasa Melanau Ajang kepada Dr. Jeniri - ALIF NONI

Usaha kamus Melanau pertahan warisan bahasa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Beberapa dialek bahasa Melanau kini dikamuskan supaya istilah tradisional tidak hilang ditelan masa.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh, berkata usaha ini penting bagi memastikan generasi muda memahami warisan bahasa Melanau.

“Bahasa Melanau mempunyai banyak dialek dan istilah lama yang hampir hilang.

“Projek kamus ini akan membantu mengekalkan bahasa kita untuk anak cucu,” katanya ketika berucap sebelum merasmikan Program Hari Keluarga Melanau 2025 di Wisma Melanau di sini, hari ini.

Beliau memaklumkan lebih 30 ahli persatuan Melanau telah terlibat dalam projek Firefox Web, yang membiayai entri Melanau Mukah untuk projek kebahasaan dunia.

“Selain itu, banyak juga dialek Melanau telah dibukukan termasuk dialek Melanau Siduan, Sibu, Mukah dan Rajang.

“Manakala dialek Melanau Pulau Beruit, Matu Daro dan sebagainya dalam proses untuk dibukukan,” ujarnya.

Menjelas lanjut, idea untuk membukukan dialek Bahasa Melanau kerana sebelum ini ia merupakan bahasa pertuturan dan tanpa direkodkan.

“Akibatnya, beberapa istilah hilang atau dikorupkan oleh generasi muda dan orang tua sendiri.

“Projek kamus ini memastikan istilah lama dipelihara dan tidak terpesong untuk generasi akan datang.

Jelasnya, bahasa bukan sahaja warisan, malah simbol identiti sesuatu kaum yang membolehkan generasi akan datang dapat belajar istilah lama dan mengekalkan budaya serta dialek masing-masing.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU