ARTIKEL

Fatimah (dua kanan) menyerahkan cenderahati kepada Fenny semasa kunjungan hormat.

Usaha Kementerian Luar Negeri, Pejabat Wilayah Sarawak tangani pemerdagangan manusia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Luar Negeri, Pejabat Wilayah Sarawak, komited dalam menangani dan memerangi jenayah pemerdagangan manusia khususnya melibatkan ‘Macau Scam’.

Pengarahnya Fenny Nuli berkata, usaha akan dilipatgandakan untuk meningkatkan kepekaan masyarakat berhubung tawaran pekerjaan palsu di luar negara serta sindiket jenayah ini.

Katanya seperti baru-baru ini, sekumpulan 43 anak muda tempatan yang mana 16 daripadanya rakyat Sarawak terpedaya dengan tawaran gaji lumayan dan menjadi mangsa pemerdagangan manusia sindiket Macau Scam di Peru.  

“Justeru saya mahu orang ramai supaya tidak terpedaya dan menjadi lebih berwaspada, selain menyemak ketulenan tawaran pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah di Bangunan Baitulmakmur II, di sini, hari ini. 

Bagi memberi kesedaran kepada orang awam kata Fenny, pelbagai program dan kempen akan dilaksanakan melalui media sosial di peringkat Kementerian Luar.

“Pada masa ini kita (Kementerian Luar Negeri, Pejabat Wilayah Sarawak) sudah mempunyai Twitter dan Facebook bagi meningkatkan kesedaran orang awam khususnya ibu bapa.

“Kita juga akan dapatkan mangsa yang telah diselamatkan dulu (pemerdangan manusia) untuk berkongsi maklumat dan pengalaman kepada orang ramai selama mereka ditahan,” ujarnya.

Kunjungan hormat ini susulan lantikannya sebagai pengarah Kementerian Luar Negeri, Pejabat Wilayah Sarawak berkuatkuasa pada 2 Januari 2024, menggantikan Pengarah terdahulu, Zakarai Nasir.

BERITA LAIN

Jangan tuduh sembarangan – Tan Kai

PADAWAN: Masalah dinding longkang runtuh di Jalan Dusun Utara, Lorong 1 dilaporkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) pada 1 Julai lalu, tegas Tan Kai. Pengerusi

BERITA TERBARU