ARTIKEL

ADUN Tupong Datuk Fazzrudin Abdul Rahman. Gambar oleh Ramidi Subari

Usaha pembangunan luar bandar tidak harus diperlekeh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Usaha pembangunan yang dilaksanakan di kawasan luar bandar tidak seharusnya diperlekehkan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Datuk Fazzrudin Abdul Rahman.

Beliau menegaskan, ini kerana pembangunan termasuk jalan yang dibina di kawasan luar bandar yang menghubungkan kawasan-kawasan lain adalah penting, memberi impak serta memanfaatkan masyarakat.

“Kita mendengar denyut nadi rakyat, memahami isi hati mereka yang mendambakan pembangunan di kawasan luar bandar dan mahukan semua kelengkapan, kemajuan dan infrastruktur yang dinikmati oleh penduduk di kawasan bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2025), 2024 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Justeru, Fazzrudin berkata amat terkesan dan terkejut dengan pandangan ADUN Padungan, Chong Chieng Jen yang seolah-olah memperkecilkan usaha pembangunan yang dilaksanakan di kawasan luar bandar.

Beliau yang juga Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak menambah, amat mengecewakan untuk melihat seorang Ahli Yang Berhormat langsung tidak peka terhadap keperluan dan aspirasi penduduk di kawasan luar bandar.

“Saya menggesa YB Padungan untuk melawat kawasan lain di Sarawak selain dalam kawasan beliau sendiri yang sudah pesat membangun dan melihat betapa pentingnya bagi kita untuk mempunyai jalan yang baik untuk menghubungkan rakyat dari setiap pelosok Sarawak,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU