ARTIKEL

Foto: UKAS

Usaha Sarawak tangani isu gender dapat sokongan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sarawak bakal menjalin kerjasama strategik dengan Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) dalam usaha memperkukuh dasar dan program berkaitan kesamarataan gender di negeri itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, menyuarakan hasrat tersebut ketika mengetuai delegasi ke pejabat UNFPA Malaysia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Foto: UKAS

Menurut beliau, kerjasama tersebut adalah selaras dengan penubuhan Unit Kesamarataan Gender di Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak, yang bertujuan memperkukuh inisiatif berkaitan gender di negeri itu.

“Kita melihat potensi besar untuk bekerjasama dengan UNFPA, khususnya dalam isu kesihatan reproduktif, pencegahan keganasan berasaskan gender, serta penghapusan amalan berbahaya seperti perkahwinan kanak-kanak,” kata belaiu lagi.

Semasa sesi taklimat, delegasi Sarawak diberikan penerangan oleh Wakil Negara UNFPA Malaysia, Dr. Julitta Onabanjo, serta Penolong Wakil UNFPA, Tengku Aira Tengku Razif, mengenai pelaksanaan program UNFPA di lebih 150 negara.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU