ARTIKEL

KENANGAN… Johanal (belakang, dua kanan) bersama-sama guru merakam kenangan dengan murid tadika yang terlibat dalam Food Fair Tadika Johan 5.0.

Usahawan Cilik Beraksi, Murid Tadika Johan Belajar Urus Kewangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 47 murid tadika berusia empat hingga enam tahun didedahkan dengan asas keusahawanan dan pengurusan kewangan menerusi Food Fair Tadika Johan 5.0 yang berlangsung selama tiga hari, iaitu pada 3, 5 dan 7 Ogos.

Guru Besar Tadika Johan, Johanal Wong, berkata penganjuran festival yang memasuki edisi kelima itu merupakan antara pendekatan pendidikan awal yang berkesan untuk memperkenalkan konsep keusahawanan kepada kanak-kanak menerusi aktiviti yang menyeronokkan, interaktif dan berasaskan pengalaman.

Menurutnya, program tersebut bukan sahaja membolehkan murid belajar sambil bermain, malah mengasah kreativiti, imaginasi, kemahiran berkomunikasi serta keyakinan diri.

“Sepanjang festival ini, murid berpeluang menyediakan apron sendiri, menghias topi, mempelajari cara menetapkan bajet perniagaan dan menghasilkan pembungkusan yang menarik,” katanya kepada Suara Sarawak.

Johanal (tiga kiri) ketika hari pertama perasmian Food Fair Tadika Johan 5.0.

Mengulas pemerhatiannya sepanjang festival itu, Johanal berkata, murid khususnya yang berusia enam tahun, menunjukkan kebijaksanaan dalam membuat pilihan ketika membeli makanan.

“Mereka cenderung memilih makanan yang lebih murah supaya dapat membeli lebih banyak barangan. Ini menunjukkan mereka sudah mula memahami nilai wang dan cara mengurus perbelanjaan dengan baik,” ujarnya.

USAHAWAN CILIK… Para murid belajar sambil berniaga pada hari pertama hingga ketiga Food Fair Tadika Johan 5.0.

Justeru, Johanal berharap festival tersebut bukan sekadar memberi pengalaman jual beli kepada murid, malah mampu menyemarakkan keseronokan dalam pembelajaran.

“Usaha ini akan membentuk keyakinan diri, kemahiran berkomunikasi, kemahiran mengira serta pemikiran keusahawanan sejak kecil,” katanya.

“Dengan pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan, kami yakin murid akan lebih bermotivasi, kreatif, berdisiplin dan berpotensi menjadi usahawan muda pada masa hadapan.

“Kami juga mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan pengalaman pembelajaran yang bermakna ini,” tambahnya.

SOKONG… Antara ibu bapa yang hadir memberi sokongan kepada anak-anak mereka semasa festival makanan tersebut.
SOKONG… Antara ibu bapa yang hadir memberi sokongan kepada anak-anak mereka semasa festival makanan tersebut.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat