NAIROBI: Menurut satu siasatan yang diterbitkan pada September lalu, Amerika Syarikat (AS) telah mengusir lebih daripada 25,000 orang di bawah perjanjian sulit dengan 35 negara untuk menerima migran yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan negara-negara berkenaan.
Sejak Presiden AS Donald Trump memegang jawatan pada Januari 2025, Washington telah memeterai perjanjian dengan negara-negara membangun untuk menerima migran yang tidak boleh dihantar pulang ke negara asal mereka secara sah.
Sebahagian besar daripada mereka, kira-kira 20,000 orang, dihantar ke Mexico manakala bakinya ditempatkan di 27 negara lain di seluruh Amerika Latin, Afrika dan Pasifik, sementara perjanjian dengan tujuan tujuh lagi negara telah dimuktamadkan.
Perjanjian tersebut berbeza-beza, termasuk dari segi kewarganegaraan individu yang boleh dihantar pulang dan sama ada individu yang mempunyai rekod jenayah boleh diterima.
Siasatan AFP awal tahun ini mendapati Washington menggunakan sekatan visa dan langkah-langkah lain terhadap negara-negara Afrika bagi memaksa mereka menerima individu yang diusir.
Peguam memberitahu AFP, individu yang diusir itu terjerumus ke dalam limpong perundangan, ditahan tanpa pertuduhan di negara yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mereka dan menyeksakan hak mereka, amat terhad atau langsung tidak wujud.
Forbidden Stories menyatakan bahawa 49 daripada 54 negara Afrika telah didedah untuk menerima individu yang diusir ke negara ketiga.
Menurut Forbidden Stories lagi, kebanyakan rundingan dan pembayaran bagi urusan penghantaran dan penerimaan individu yang diusir itu dikendalikan oleh Pejabat Penghijrahan Semula Iaitu unit yang kurang dikenali di Jabatan Negara.
Pejabat tersebut diketuai oleh Christian Jove Ehrhardt, seorang diplomat berusia 41 tahun yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai pegawai keselamatan.
Laporan Forbidden Stories memperincikan lawatan beliau ke Cameroon, yang telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan AS pada Disember tahun lepas untuk menerima individu yang diusir.
Walau bagaimanapun, setakat ini hanya tiga orang telah dihantar di bawah perjanjian tersebut.
Di Eswatini, seramai 32 orang tiba sejak Julai 2025 daripada jumlah maksimum 160 orang yang ditetapkan dalam perjanjian bernilai lebih AS$5.0 juta. Siasatan mendapati negara itu telah menerima individu yang diusir yang mempunyai rekod jenayah.
Daripada jumlah AS$410 juta yang diperuntukan bagi perjanjian tersebut, rekod dalam Jabatan Negara menunjukkan bahawa AS$81 juta telah dikhususkan untuk kerajaan penempatan.
Baki dana tersebut disalurkan untuk organisasi bantuan, termasuk AS$178 juta bagi Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) di bawah PBB, dan AS$123 juta untuk UNHCR.
Agensi-agensi ini berdepan kritikan berhubung pembabitan mereka. UNHCR bagaimanapun memaklumkan kepada Forbidden Stories bahawa ia bukan pihak dalam perjanjian dua hala tersebut dan dana AS itu digunakan selaras dengan mandatnya untuk memperkukuh sistem suaka.
Seorang jurucakap IOM memberitahu Forbidden Stories, keputusan agensi itu untuk menerima pembiayaan bergantung pada satu persoalan sahaja, iaitu sama ada pembabitan IOM akan memperbaiki kehidupan migran yang terjejas. Dalam kes-kes ini, pihak IOM amat yakin bahawa ia akan mencapai matlamat itu. -AFP
Seminggu kemudian, negara itu turut menandatangani program bantuan kesihatan lima tahun bernilai hampir AS$400 juta.
Pada bulan berikutnya, Jabatan Negara AS menyatakan ia akan menyalurkan dana tambahan berjumlah AS$30 juta kepada Agensi Pelarian PBB (UNHCR) di Cameroon bagi melancarkan kepulangan secara sukarela pelarian dan memerangi imigresen haram.
Pesawat pertama yang membawa golongan yang dihantar pulang tiba di Cameroon pada 14 Januari 2026.
Perjanjian-perjanjian lain melibatkan pembayaran terus kepada pihak kerajaan.
Pulau sebuah negara pulau kecil di Pasifik dengan populasi kurang daripada 18,000 orang, menandatangani perjanjian pada bulan Disember 2025 untuk menerima sehingga 75 warga negara ketiga sebagai pertukaran bagi bayaran dana sebanyak AS$7.5 juta.
Walau bagaimanapun, setakat ini hanya tiga orang telah dihantar di bawah perjanjian tersebut.
Di Eswatini, seramai 32 orang tiba sejak Julai 2025 daripada jumlah maksimum 160 orang yang ditetapkan dalam perjanjian bernilai lebih AS$5.0 juta. Siasatan mendapati negara itu telah menerima individu yang diusir yang mempunyai rekod jenayah.
Daripada jumlah AS$410 juta yang diperuntukkan bagi perjanjian tersebut, rekod dalaman Jabatan Negara menunjukkan bahawa AS$81 juta telah dikhususkan untuk kerajaan penandatangan.
Baki dana tersebut disasarkan untuk organisasi bantuan, termasuk lebih AS$178 juta bagi Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) di bawah PBB, dan AS$123 juta untuk UNHCR.
Agensi-agensi ini berdepan kritikan berhubung pembabitan mereka. UNHCR bagaimanapun memaklumkan kepada Forbidden Stories bahawa ia bukan pihak dalam perjanjian dua hala tersebut dan dana AS itu digunakan selaras dengan mandatnya untuk memperkukuh sistem suaka.
Seorang jurucakap IOM memberitahu Forbidden Stories, keputusan agensi itu untuk menerima pembiayaan bergantung pada satu persoalan sahaja, iaitu sama ada pembabitan IOM akan memperbaiki kehidupan migran yang terjejas. Dalam kes-kes ini, pihak IOM amat yakin bahawa ia akan mencapai matlamt itu. -AFP



