ARTIKEL

‘Utong Tulou’, mantera pelayaran suku kaum Melanau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Adalah menjadi kelaziman bagi komuniti Melanau pada zaman dahulu untuk membaca mantera sebelum memulakan sesuatu perkara.

Antara yang wajib dan utama, ketika hendak memulakan pelayaran.

Tujuannya kata Mohd Sill Abdullah, adalah untuk memohon doa agar beroleh hasil yang lumayah di laut.

Kata peserta dari suku kaum Melanau Bengkel Kerja Pangkalan Data Umum Bahasa Sukuan Sarawak (PDUBSS) 2023 itu, mantera atau doa yang dibaca menggunakan bahasa Melanau klasik yang hanya segelintir sahaja mengetahui bahasa yang digunakan itu.

Mohd Sill Abdullah

“Ikut apa nama seni katanya utong tulou, melayah..berakhirnya musim tengkujuh berlayar ke samudera laut. Senik aniek senik tiput, doa anak dan doa nenek moyang semoga mendapatkan hasil lumayan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Bengkel Kerja PDUBSS 2023 di Hotel Penview di sini, semalam.

Tambahnya, mantera tersebut mempunyai sebanyak 48 rangkap dan digunakan oleh pelayar Melanau 1,000 tahun dahulu untuk berlayar sehingga ke Srivijaya.

“Zaman dahulu orang Melanau Mukah adalah pelayar yang hebat. Sebelum abad ke-1000 (lebih 1,000 tahun dahulu) , dia berlayar sehingga ke Srivijaya (Indonesia). Sebelum Majapahit wujud masyarakat Melanau sudah berlayar sampai ke Srivijaya.”

Disebabkan itu jelasnya, masyarakat Melanau pada masa kini masih menganut adat-adat orang Hindu.

Misalnya darjat orang Hindu yang dianugerahkan oleh Raja Jawa pada zaman dahulu yang dikenali sebagai darjat 9 pikul, 7 pikul dan 5 pikul.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira