ARTIKEL

Kredit: CMG

Utusan Khas China Bagi Isu Asia Barat Temui Menteri Luar Kuwait

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUWAIT CITY: Utusan khas kerajaan China bagi isu Asia Barat, Zhai Jun mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Kuwait, Sheikh Jarrah Jaber Al-Ahmad Al-Sabah di sini, pada Ahad.

Zhai berkata Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan ketenteraan terhadap Iran tanpa mandat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tindakan yang melanggar undang-undang antarabangsa, dan China menentang keras tindakan sedemikian.

Beliau menegaskan bahawa gencatan senjata perlu segera dilaksanakan bagi  mengelakkan situasi serantau daripada terus meruncing.

Zhai berkata China memuji sikap Kuwait yang mengawal diri selepas tercetusnya peperangan, di samping menzahirkan kesediaan China untuk bersama-sama Kuwait untuk memainkan peranan membina dalam meredakan ketegangan situasi serantau.

Dalam pertemuan itu, Sheikh Jarrah berkata, Kuwait bukan pihak terlibat dalam peperangan dan negara itu menyokong penyelesaian pertikaian melalui pendekatan damai.

Beliau memuji China yang menjunjung keadilan, dan mengalu-alukan utusan khas China melakukan usaha pengantaraan  di negara-negara Asia Barat.

Sheikh Jarrah juga berkata Kuwait bersedia bekerjasama dengan China untuk meredakan ketegangan situasi di rantau itu. – BERNAMA-CMG

BERITA LAIN

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,