ARTIKEL

Vaksin Covid-19: Fasa akhir percubaan ujian vaksin di Indonesia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Sinovac Biotech Ltd China melancarkan fasa akhir percubaan terhadap manusia melibatkan 1,620 pesakit di Indonesia calon vaksin Covid-19 yang dibangunkan dengan kerjasama Sinovac Biotech Ltd China dengan Bio Farma milik Indonesia.

Vaksin itu yang dikenali sebagai CoronaVac dan sebelumnya PiCoVacc, adalah antara beberapa vaksin berpotensi yang memasuki percubaan peringkat akhir bagi kajian berskala besar untuk mengumpul bukti keberkesanannya untuk kelulusan.

CoronaVac menjalani percubaan fasa akhir di Brazil melibatkan 9,000 orang. Percubaan di Indonesia itu berlaku ketika negara paling ramai penduduk di Asia Tenggara itu bergelut dengan lonjakan jumlah jangkitan, dengan lebih 127,000 kes direkodkan pada Selasa.

Percubaan vaksin itu setakat ini merekrut 1,215 orang dan akan berlangsung enam bulan. Pelancaran fasa akhir percubaan dibuat di Bandung, Jawa Barat pada Selasa dan dihadiri Presiden Indonesia Joko Widodo.

“Ancaman Covid-19 tidak reda sehingga vaksin diberikan kepada semua orang,” kata Jokowi. Sinovac juga dijangka menguji vaksin itu di Bangladesh.

Sementara itu pada Isnin, Sinovac secara berasingan mengeluarkan butiran daripada kajian Fasa 2, mengatakan vaksin itu nampaknya selamat dan menyebabkan tindak balas imun berdasarkan antibodi yang dikesan pada subjek.

Dalam percubaan klinikal Fasa 2 itu yang melibatkan 600 peserta di China, vaksin tersebut tidak menyebabkan kesan sampingan serius dan kadar demam agak rendah berbanding vaksin lain.

Sinovac perlu menguji vaksinnya di luar negara kerana China bukan lagi tempat yang boleh memberi hasil kajian memuaskan untuk percubaan fasa akhir kerana bilangan kes jangkitan baharu yang rendah. – AFP

BERITA LAIN

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira