ARTIKEL

Rombongan bergambar untuk kenang-kenangan di Gereja Katolik St Patrick di Kampung Krokong yang mempunyai kaitan rapat dengan sejarah penugasan anggota Batalion Ketiga, Rejimen Diraja Australia (3RAR).

Veteran Australia kembali ke Bau, kenang 60 tahun keamanan Malaysia-Indonesia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Kunjungan sekumpulan veteran Australia bersama keluarga ke beberapa kampung di daerah ini bukan sekadar lawatan nostalgia, sebaliknya menjadi simbol persahabatan yang terus terjalin antara Australia dan Sarawak selepas enam dekad berakhirnya Konfrontasi Malaysia-Indonesia.

Rombongan yang mewakili Persatuan Veteran Borneo dan Kebangsaan Malaya (NMBVAA) itu mengadakan lawatan sulung ke Daerah Bau dengan mengunjungi Kampung Krokong, Kampung Suba Buan dan Kampung Serikin, iaitu antara kawasan yang pernah menjadi lokasi penugasan tentera Australia pada 1965 dan 1966.

Ia merupakan sebahagian daripada Lawatan Ziarah Peringatan Veteran ke Sarawak bagi memperingati jasa dan pengorbanan anggota tentera serta polis Australia dan Komanwel yang pernah terlibat dalam usaha mempertahankan Sarawak ketika era konfrontasi.

Program berkenaan turut membawa makna istimewa apabila tahun ini menandakan 60 tahun termeterainya Perjanjian Damai Malaysia-Indonesia atau Jakarta Accord pada 11 Ogos 1966, yang menamatkan Konfrontasi dan membuka jalan kepada enam dekad keamanan serantau.

Presiden NMBVAA Cawangan Australia Selatan, Mejar (B) Paul Rosenzweig OAM JP, berkata, pendekatan persatuan dalam memperingati sejarah berteraskan empat prinsip, iaitu mengenang mereka yang gugur, mengingati Malaysia, menghargai mereka yang masih hidup dan melihat ke arah masa depan.

“Kita berpeluang mengunjungi Gereja Katolik St Patrick di Kampung Krokong yang mempunyai kaitan rapat dengan sejarah penugasan anggota Batalion Ketiga, Rejimen Diraja Australia (3RAR), yang pernah menubuhkan pangkalan rondaan platun di kawasan berkenaan pada 1965.

“Pasukan Assault Pioneers daripada 3RAR turut membantu membina gereja berkenaan ketika itu, manakala bangunan gereja hari ini masih menyimpan sebahagian tinggalan serta artifak daripada struktur asal enam dekad lalu, selain gambar lama pembinaannya,” katanya.

Dalam kunjungan tersebut, Rosenzweig menyerahkan empat keping gambar berbingkai bersaiz besar yang dirakam pada Mei 1965 serta plak dinding NMBVAA kepada wakil gereja, Patrick Lee Kho Jui.

Penyerahan plak 3RAR turut dilakukan oleh Naib Presiden NMBVAA, Don Cameron, bersama Jeff Hiscock bagi pihak veteran 3RAR Cawangan Australia Selatan dan Northern Territory.

“Tapak bersejarah seperti Gereja St Patrick mempunyai nilai besar kepada veteran Australia kerana mencerminkan hubungan persahabatan dan kerjasama yang telah lama terjalin antara masyarakat Sarawak dan Australia, termasuk sokongan penduduk tempatan ketika anggota kita ditempatkan di Borneo sepanjang 1965 dan 1966,” ujarnya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira