ARTIKEL

FB Malaysian Football League

Vidakovic persoal tidak diberikan penalti ketika KL City seri 1-1 dengan Kuching City

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Kuala Lumpur (KL) City FC Risto Vidakovic menyuarakan kekecewaan terhadap keputusan pengadil yang tidak menghadiahkan sepakan penalti ketika pasukan itu terikat 1-1 menentang Kuching City FC malam tadi.

Vidakovic berkata insiden itu, yang berlaku pada babak kedua berpotensi mengubah keputusan perlawanan.

“Saya melihatnya dengan jelas menerusi video selepas perlawanan.

Jersi pemain itu ditarik dari belakang.

“Ia adalah sentuhan, sentuhan dan kemudian beliau terjatuh.

Bagi saya, ia sepakan penalti yang sangat jelas,” katanya pada sidang media selepas perlawanan itu.

Walaupun kecewa dengan keputusan itu, jurulatih dari Croatia berkenaan memuji prestasi anak buahnya dengan mengakui KL City FC mencipta banyak peluang dan menguasai sebahagian besar perlawanan, namun gagal dimanfaatkan.

“Kami mendominasi separuh masa pertama, bermain dengan sangat baik dan mensia-siakan banyak peluang. Itu adalah sebahagian daripada bola sepak tetapi berdasarkan apa-apa yang saya lihat hari ini, kami sepatutnya menang,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih Kuching City Aidil Sharin Sahak berkata keputusan seri menentang skuad City Boys sebagai adil dan mengakui berpuas hati kerana berjaya membawa pulang satu mata di tempat lawan.

“Secara keseluruhan, saya gembira dengan prestasi pemain malam ini dan keputusan diperoleh. Kami kekal di tempat kedua liga dan perkara paling penting ialah kami tidak tewas.

“Dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini, satu-satunya kekalahan kami adalah ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT),” katanya. — Bernama

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road