ARTIKEL

Tangkap layar video tular seekor orang utan ‘gergasi’ di bawah pokok di daerah Kutai Timur, Kalimantan Timur.

Video orang utan ‘gergasi’ di Kalimantan Timur tarik perhatian netizen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA, Indonesia: Video tular seekor orang utan ‘gergasi’ di bawah pokok di daerah Kutai Timur, Kalimantan Timur, telah menarik perhatian meluas pengguna media sosial.

Rakaman berdurasi 17 saat itu menunjukkan orang utan berkenaan berdiri sambil menggenggam dahan pokok dan dengan tenang memakan buah berhampiran sebuah rumah di tepi jalan.

Lokasi sebenar kejadian masih tidak diketahui kerana pemuat naik asal telah memadam video berkenaan, seterusnya menyukarkan usaha bagi Agensi Pemuliharaan Sumber Asli Alam Kalimantan Timur.

Media tempatan melaporkan bahawa ketua agensi berkenaan, Ari Wibawanto, menyatakan bahawa orang utan jantan yang telah berusia itu mungkin kelihatan lebih besar kerana sudut kamera.

“Orang utan tanpa kawasan yang dikuasainya sering merayau ke kawasan kediaman atau jalan raya untuk mencari pasangan atau makanan,” katanya.

Penampakan itu telah mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen tentang orang utan berhampiran penempatan manusia, menyoroti kebimbangan alam sekitar bagi spesies yang terancam berkenaan.

Dalam inisiatif berkaitan, pada November 2023, Agensi Pemuliharaan Sumber Asli Kalimantan Tengah dan Kalimantan Timur melepaskan 12 orang utan yang telah dipulihkan ke alam liar daripada kemudahan yang dikendalikan oleh ‘Borneo Orangutan Survival Foundation’.

Orang utan ditemui secara eksklusif di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia, serta Sabah dan Sarawak di Malaysia, termasuk spesies seperti Pongo pygmaeus, Pongo abelii, dan Pongo tapanuliensis. – BERNAMA

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road