ARTIKEL

Kredit: Vietjet

Vietjet Perkenal Vietnam Halal Connect Sokong Pelancongan Muslim

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Vietjet memperkenalkan “Vietnam Halal Connect”, inisiatif untuk memupuk kerjasama lebih erat antara syarikat penerbangan, lapangan terbang, perniagaan pelancongan, badan pensijilan halal dan rakan teknologi dalam menyokong pelancongan Muslim ke Vietnam.

Dalam kenyataan pada Jumaat, syarikat penerbangan itu menjelaskan inisiatif tersebut mempunyai kepentingan khusus bagi Malaysia dengan majoriti dibentuk oleh penduduk Islam, antara pasaran sumber utama Vietnam untuk pelancongan serantau.

“’Vietnam Halal Connect’ direka sebagai platform yang menghubungkan pihak berkepentingan merentas rantaian nilai pelancongan, membantu meningkatkan penyelarasan bagi sektor pelancongan dan keseluruhan pengalaman untuk pengunjung Muslim.

“Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, Vietjet mahu memperluas pilihan makanan halal, penyelesaian pelancongan digital dan kerjasama dengan pihak berkepentingan pelancongan untuk memberikan perkhidmatan lebih baik kepada pelancong Muslim, di samping menyokong piawaian halal yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa jika berkenaan,” tambahnya.

Pengarah Komersial Vietjet, Ha Nang Viet berkata pihaknya melihat adanya peluang untuk mengukuhkan daya tarikan Vietnam dalam kalangan pelancong Muslim melalui kesambungan dan perkhidmatan lebih baik yang memenuhi keperluan perjalanan mereka yang sentiasa berubah.

“Melalui ‘Vietnam Halal Connect’, kami berharap dapat menggalakkan kerjasama yang lebih erat merentas rantaian nilai pelancongan supaya pelancong Muslim dapat meneroka Vietnam dengan lebih yakin dan mudah,” katanya.

Vietnam mengalu-alukan lebih 21 juta pengunjung antarabangsa pada 2025, termasuk kira-kira 600,000 pelancong Muslim, menurut Vietjet. – BERNAMA

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

BERITA TERBARU