ARTIKEL

Roland Sagah merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat dan pelajar pada Program Hari Pertama Sekolah 2026 di Dewan Naga, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Abdul Razak, di sini, hari ini.

Wajah Baharu SMK Tun Abdul Razak Beri Inspirasi Kepada 1,500 Pelajar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: SMK Tun Abdul Razak telah menyaksikan transformasi infrastruktur yang signifikan sejak beberapa tahun kebelakangan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkasakan persekitaran pembelajaran pelajar.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, naik taraf tersebut merangkumi pembinaan asrama baharu, makmal sains serta kemudahan akademik yang memberi manfaat kepada kira-kira 1,500 pelajar di sekolah berkenaan.

“Infrastruktur ini telah melalui beberapa fasa naik taraf bagi menangani isu terdahulu melibatkan kemudahan yang uzur.

“Saya pernah berada di sekolah ini sebelum ini. Bangunan lama masih berdiri dan sangat kukuh, tetapi blok-blok baharu pada suatu ketika dahulu berada dalam keadaan yang sangat uzur,” katanya selepas merasmikan program Hari Pertama Persekolahan 2026 di SMK Tun Abdul Razak, di sini, hari ini.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak kemudiannya membina asrama baharu serta makmal sains dan akademik bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, khususnya bagi mata pelajaran berasaskan sains.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa projek menaik taraf Jalan Padawan (Fasa 1) berjalan lancar meskipun berdepan dengan cabaran cuaca semasa.

“Tiada masalah. Sebenarnya, ia mendahului jadual kira-kira empat peratus.

“Cuaca buruk menjejaskan kerja pembinaan dan membuatkan keadaan seolah-olah tidak baik, namun secara keseluruhan kemajuannya adalah positif.

“Kerja-kira ini boleh disiapkan dengan lebih cepat sekiranya keadaan cuaca lebih mengizinkan,” jelasnya.

Mengulas mengenai Program Hari Pertama Sekolah 2026, beliau berkata lawatan itu bertujuan untuk meninjau serta memberi motivasi kepada pelajar yang memulakan sesi akademik baharu.

“Kita khususnya ingin melihat pelajar Tingkatan Satu yang pertama kali mendaftar masuk ke sekolah ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap agar para pelajar terus bersemangat dan berazam untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Pelbagai insentif serta program yang diperkenalkan oleh Kerajaan Sarawak akan membantu menggalakkan mereka mencapai prestasi akademik yang lebih baik.

“Kami berharap inisiatif ini dapat memberi galakan serta merangsang pemikiran mereka supaya mereka dapat mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi di sekolah,” tambahnya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road