SIBU: Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dr Annuar Rapaee mengingatkan orang ramai agar sentiasa menggunakan penutup hidung dan mulut apabila sektor ekonomi dibuka semula esok (12 Mei).
Katanya, pemakaian pelindung kesihatan itu sangat penting kerana tidak semestinya orang yang bergejala sahaja perlu memakainya.
“Ada data berpendapat kebanyakan negara yang berjaya meratakan graf jangkitan dengan cepat adalah disebabkan rakyatnya menggunakan topeng muka.
“Namun ada juga yang mempertikaikan penggunaan topeng muka di tempat awam adalah tidak perlu terutamanya yang bukan pesakit atau tidak mempunyai simptom,” katanya.
Beliau berpendapat, penggunaan topeng muka adalah mandatori atau wajib atau mesti digunakan oleh setiap orang di tempat awam sehinggalah vaksin Covid19 dapat digunakan.
“Ini kerana peratusan pembawa kuman yang tidak ada simptom tapi sebagai penyebar virus ini tinggi iaitu enam peratus hingga 18 peratus.
“Sekali batuk boleh menyebar 3,000 titisan yang boleh mengandungi virus,” tegasnya yang juga Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan.
Adun Nangka itu berkata, tidak ramai masyarakat dapat mengeldan ia mustahil untuk berkurung dalam tempoh yang lama.
Oleh itu, kata Annuar, pengunaan topeng muka adalah untuk mengelak daripada menyebar virus dan juga untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti virus Corona.
“Jauhilah dari seseorang yang tidak menggunakan topeng muka,” tambahnya lagi.



