ARTIKEL

Wanita besi kecewa tidak bertanding

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WANITA besi negara melahirkan rasa kecewa tidak dapat beraksi di Kejohanan Angkat Berat Klasik Dunia 2020 di Minsk, Belarus yang dijadualkan oleh Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa pada 3 Oktober depan.

Ini kerana, Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) mengumumkan Malaysia tidak menghantar atlet untuk ke kejohanan tersebut ekoran penularan wabak Covid-19 global masih ditahap membimbangkan.

Stephanie Mary Ensol, 32, pernah meraih dua pingat emas di Kejohanan Angkat Berat Asia 2019 Kazakhstan berkata, telah membuat persiapan rapi ke kejohanan tersebut.

“Saya agak kecewa kerana tidak dapat pergi ke kejohanan tersebut tetapi terpaksa akur dengan keputusan PABM. “Namun demikian, saya akan terus fokus dengan latihan bagi persiapan ke pertandingan peringkat Asia pada bulan Disember,” katanya dalam satu perkongsian di laman sosial facebook baru-baru ini.

Sebelum ini, beliau pernah menyatakan bahawa sedang giat mempersiapkan diri ke Kejohanan Angkat Berat Asia Tenggara 2020 yang bakal diadakan di Bangkok. Dalam pada itu, PABM mengumumkan Malaysia tidak akan menghantar wakil ke kejohanan dunia setelah melakukan pemantauan, penilaian dan pengesanan intensif terhadap pandemik Covid-19 antarabangsa.

Tambahan pula, Jawatankuasa Eksekutif PABM juga telah berbincang, mempertimbangkan serta sebulat suara tidak akan turun bertanding setelah menerima nasihat daripada kerajaan.

Persatuan itu menegaskan bahawa keselamatan dan kesihatan atlet, jurulatih serta pegawai adalah tanggungjawab sosial keutamaan mereka.

Selain itu, persatuan tersebut berharap dapat menghantar pasukan ke pertandingan peringkat Asia tahun ini serta terus menilai keadaan global wabak Covid-19.

 

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap