ARTIKEL

Suspek ditahan untuk membantu siasatan berkaitan kes pinjaman tidak wujud dan keldai akaun.

Wanita ditahan, bantu siasatan keldai akaun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Seorang wanita tempatan ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah (BSJKD) Saratok bagi membantu siasatan berkaitan kes pinjaman tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mathew Manggie berkata, tangkapan ke atas suspek berumur 21 itu dibuat susulan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Sungai Maong, 16 Jun lalu.

Katanya, suspek yang tidak bekerja itu merupakan pemilik sebuah akaun bank yang digunakan dalam aktiviti berkaitan akaun keldai.

“Akaun tersebut tidak lagi aktif sejak bulan April 2026. Suspek tidak tahu berkaitan kemasukkan wang dalam akaun bank miliknya pada bulan Mac 2026 sebanyak RM725 untuk aktiviti akaun keldai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mathew berkata, suspek yang ditahan bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis selepas proses rakaman percakapan, pengambilan cap jari dan dokumentasi selesai dijalankan.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU