ARTIKEL

JUMPA… Pasukan bomba membuka pintu sebuah bilik berkunci sebelum menemukan seorang wanita warga Indonesia meninggal dunia di sebuah bilik sewa dekat sekitar kawasan Miri, petang semalam.

Wanita Indonesia 39 tahun ditemukan meninggal dunia dalam bilik sewa di Miri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Permintaan mendapatkan bantuan untuk membuka pintu sebuah bilik berkunci membawa kepada penemuan seorang wanita warga Indonesia yang sudah meninggal dunia, petang semalam.

Mangsa berusia 39 tahun itu ditemukan di sebuah bilik sewa di sekitar kawasan Miri selepas Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng menerima panggilan pada 5.06 petang.

Komander Operasi, PBK I Rorudi Umas berkata, pasukan bomba tiba di lokasi pada 5.25 petang sebelum menjalankan operasi membuka pintu bilik berkenaan.

“Setibanya di lokasi, didapati pintu bilik berkunci dari dalam.

“Selepas pintu dibuka, mangsa ditemukan berada di dalam bilik dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Menurutnya, pasukan bomba kemudian mengangkat jasad mangsa sebelum menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi katanya membabitkan enam anggota bersama dengan dua buah jentera tamat pada 7.20 malam.

Beliau berkata, polis dan KKM turut berada di lokasi sepanjang operasi dijalankan.

“Punca kematian mangsa masih belum diperoleh setakat ini,” jelasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU