ARTIKEL

Wanita Indonesia cedera dikelar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang wanita warganegara Indonesia cedera akibat dikelar di leher, perut dan kepala oleh seorang lelaki dalam kejadian yang berlaku di asrama pekerja sebuah kedai makan di Stutong dekat sini tengah malam tadi.

Mengesahkan kejadian, Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian sekitar jam 1.52 pagi daripada orang awam.

“Dia (orang awam) memberitahu semasa berada di kawasan Pusat Komersial Stutong di Jalan Setia Raja, datang seorang wanita dalam keadaan berlumuran darah di bahagian leher seperti kena kelar dengan benda tajam meminta bantuan dihantar ke hospital.

“Dia terus menghantar perempuan itu ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dengan kereta sendiri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menjelas lanjut, Awang berkata mangsa yang berusia 36 tahun baharu tiga hari bekerja sebagai pelayan di kedai makan Big Fan Cafe di Stutong dan tinggal di asrama pekerja.

Katanya mangsa juga mengenali suspek yang dikenali dengan nama Selamat, lebih kurang enam bulan di Indonesia.

“Suspek bekerja di restoran bersebelahan dengan tempat kerja mangsa.

“Suspek telah melarikan diri dan usaha mengesan masih dijalankan,” katanya.

Menurut Awang, mangsa kini dalam keadaan stabil.

Katanya kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira