ARTIKEL

Tertuduh dibawa keluar dari bilik Mahkamah oleh anggota polis menuju ke bilik tahanan sementara sebelum dibawa ke Penjara Puncak Borneo.

Wanita Indonesia didenda RM4,000 tawar khidmat seks

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tawar khidmat seks dengan bayaran RM100, seorang wanita warga Indonesia dijatuhi hukuman denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini, kerana melacur dalam sebuah pusat kecantikan di Batu Kawa, Selasa lalu (27 Oktober).

Pita, 37, mengaku bersalah atas satu pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Nuriena Syafika Mohd Najib.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama, kerana menawarkan khidmat seks dengan balasan wang tunai RM100.

Dia melakukan kesalahan itu dalam sebuah pusat kecantikan di Jalan Batu Kawa, sekitar jam 5.00 petang, 27 Oktober lalu.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara lima bulan sekiranya gagal menjelaskan denda.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian, pihak polis membuat pemeriksaan ke atas pusat terbabit bagi mengesan kegiatan pelacuran.

Sebelum serbuan, seorang ejen penyamaran diarahkan untuk mengesan kegiatan terbabit.

Hasil pemeriksaan, menjumpai seorang wanita dan seorang lelaki dalam bilik tidak bernombor dalam premis terbabit.

Barang-barang turut dirampas seperti satu botol minyak urut, sekeping kondom, sebungkus tisu kering, dan wang tunai RM100.

Hasil siasatan mendapati tertuduh menawarkan khidmat seks dengan bayaran wang tunai RM100.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fauzulutfi Suriani, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, dia juga dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Sesyen, kerana masuk ke Sarawak, Malaysia tanpa permit.

Dia mengaku bersalah bagi pertuduhan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

DENGARLAH

Dengarlah, Bukalah mata Dengarlah rintihan alam yang terluka Usahlah api menjadi keKasih yang membinasakan Usahlah kerakusan menjadi duri yang menikam masa depan Andai alam mampu

DI BALIK WAJAH KEMANUSIAAN

Di bumi yang kian hilang cahaya Manusia tenggelam dalam lautan kerakusan Demi takhta, harta dan kuasa Tergadai maruah, terpadam rasa Tangisan insan menjadi irama dunia