ARTIKEL

Dayang Nurfizawati (tengah) dan Mama G (lima dari kiri) merakamkan kenangan bersama-sama peserta yang hadir bagi Program “Groomed & Gorgeous: A Journey to Confidence” anjuran Biro Wanita SABERKAS.

Wanita perlu yakin dan anggun dari dalam dan luar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Program “Groomed & Gorgeous: A Journey to Confidence” anjuran Biro Hal Ehwal Wanita dalam Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) berjaya menghimpunkan lebih 200 peserta di Muzium Budaya Borneo dalam usaha memperkasakan keyakinan diri, penampilan dan gaya hidup wanita masa kini.

Program istimewa itu turut menampilkan pereka fesyen tersohor tanah air, Gillian Hung atau lebih dikenali sebagai Mama G yang berkongsi kepakaran beliau dalam bidang fesyen, etika dan pembangunan diri.

Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Dr Dayang Nurfizawati Abang Abdul Karim menyampaikan penghargaan atas semangat dan penyertaan para peserta yang hadir dengan satu tujuan untuk berkembang, bersinar dan mengenali potensi diri masing-masing.

“Program ini lahir daripada satu kepercayaan yang sangat mudah tetapi bermakna bagi setiap wanita berhak untuk merasa yakin, cantik dan bergaya bukan sekadar di luaran, tetapi juga dari dalam.

“Mendandankan diri bukan hanya soal penampilan tetapi tentang menghormati diri, mengekspresi diri dan keberanian melangkah ke dunia dengan anggun dan yakin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Program “Groomed & Gorgeous: A Journey to Confidence” ketika mewakili Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63, Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali di sini, hari ini.

Tambahnya, kehadiran Mama G merupakan satu penghormatan buat Sarawak kerana figura berpengaruh itu kembali ke Kuching selepas hampir 30 tahun membawa bersama pengalaman lebih dua dekad dalam industri fesyen dan pembangunan wanita.

“Kita amat bertuah kerana Mama G bukan sahaja membawa pengalaman profesional tetapi semangat untuk mengangkat wanita melalui gaya dan keyakinan,” tambahnya.

Program ini menampilkan empat modul utama termasuk pengenalan gaya peribadi, asas dandanan dan solekan, sejarah fesyen, pemakaian profesional dan kesedaran bahasa tubuh.

Ia dirangka bagi membantu wanita mengenali keunikan diri serta membina keyakinan yang tulen dan tidak terikat pada stereotaip konvensional.

Program ini membuktikan dedikasi Biro Wanita SABERKAS dalam melahirkan wanita berwibawa, yakin dan bersedia menjadi pemimpin dalam komuniti masing-masing.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU