ARTIKEL

Mohd Haide A Rahman

Wanita rugi RM1,110 terpedaya pinjaman tidak wujud

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Seorang wanita kerugian RM1,110 selepas terpedaya dengan sindiket pinjaman tidak wujud yang menawarkan pinjaman menerusi Facebook.

Ketua Polis Daerah Bau, Pemangku Superintenden Mohd Haide A Rahman berkata, mangsa berusia 23 tahun melihat iklan pinjaman itu pada 30 Jun lalu sebelum menekan pautan yang dipaparkan.

Menurutnya, mangsa kemudian dihubungi suspek menerusi aplikasi WhatsApp yang menawarkan pinjaman sebanyak RM6,000 dengan bayaran balik RM19 sebulan selama tiga tahun.

“Bagi mendapatkan kelulusan pinjaman, mangsa diminta membuat beberapa bayaran pendahuluan, termasuk bagi ‘Borang J’ dan caj yang dinamakan sebagai MYSST,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mangsa kemudian membuat tiga transaksi pemindahan wang secara dalam talian berjumlah RM1,110 ke akaun Bank Islam atas nama Mariati Binti Dan.

Bagaimanapun, suspek sekali lagi meminta mangsa membuat bayaran tambahan sebanyak RM1,380 kononnya bagi meningkatkan skor kelayakan pinjaman, namun mangsa mula mengesyaki dirinya ditipu dan enggan meneruskan pembayaran sebelum membuat laporan polis.

Mohd Haide berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, manakala mangsa turut menghubungi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) menerusi talian 997 sejurus menyedari dirinya diperdaya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira