ARTIKEL

Johnny Pang bersama Ketua Wanita SUPP Bintulu Carina Wong memotong kek sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa.

Wanita tonggak pembangunan masyarakat – Johnny Pang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Peranan wanita sebagai tonggak penting dalam pembangunan masyarakat wajar terus dihargai dan diperkasa, kata Johnny Pang Leong Ming sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu itu berkata, sambutan yang diraikan setiap 8 Mac bukan sekadar acara perayaan, sebaliknya menjadi simbol pengiktirafan terhadap dedikasi, pengorbanan serta sumbangan wanita dalam pelbagai bidang.

Beliau berkata, tema sambutan tahun ini, “Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara,” membawa mesej jelas bahawa pemerkasaan wanita merupakan asas penting memperkukuh pembangunan negara dan kesejahteraan masyarakat.

Johnny Pang mengagihkan bunga carnation kepada kaum Wanita yang menghadiri sambutan Hari Wanita Antarabangsa anjuran Pergerakan Wanita SUPP Bintulu.

Sejak beberapa dekad lalu, wanita telah mencatatkan pelbagai pencapaian membanggakan dalam bidang pendidikan, kerjaya profesional, perniagaan, kebudayaan serta khidmat masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Hari Wanita Antarabangsa anjuran Pergerakan Wanita Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bintulu di sebuah hotel di sini, Ahad petang.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada sayap wanita yang terlibat dalam penganjuran aktiviti sambutan berkenaan, sekali gus memberi peluang kepada masyarakat untuk berkumpul, berinteraksi dan meraikan wanita dalam suasana penuh penghargaan.

Johnny Pang turut berharap semua wanita terus diberi kesihatan, keyakinan serta kekuatan untuk mencapai kejayaan dan menjalani kehidupan yang lebih bermakna.

“Saya mengucapkan Selamat Hari Wanita Antarabangsa kepada semua wanita. Semoga anda semua terus bersinar, dihargai dan sentiasa dilimpahi kebahagiaan,” ujarnya.

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,